“Saya Perlu” Mira Filzah Ulas Tentang ‘Seseorang’, Isu Remy Ishak Juga

Setelah pengakuan pelakon popular, Mira Filzah mengenai ‘seseorang’ yang mana dia sedang mengenali hati budi jejaka yang bukan daripada kalangan penggiat industri hiburan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya ramai.

Mira Filzah ulas tentang jejaka berkenaan

Biarpun begitu, dia tetap dengan pendirian tidak ingin berbicara mengenai perkara berkenaan dan menerusi sumber BH Online, Mira Filzah mengatakan dia tidak perlu melatah namun membiarkan saja pihak luar membuat telahan tentang siapa ‘seseorang’ itu.

Bagaimanapun, ada sumber mengatakan jejaka itu didakwa anak kepada seorang Ahli Parlimen tetapi setelah ditanya kepada pelakon cantik ini dia memilih untuk tidak berbicara.

“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.

“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah… sekiranya ada yang nampak kami ditempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.

Namun begitu, katanya lagi tiada apa yang dia sembunyikan apatah lagi bertindak membiarkan perkara itu menjadi teka teki tetapi dia hanya menghormati permintaan keluarga.

“Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga.”

Prinsip wanita berusia 26 tahun ini membuatkan dia tidak mahu terlalu terbuka untuk menceritakan soal perancangan masa depan. Dapat dilihat juga, pelakon ini akui belum masa untuk dirinya bercakap tentang hal itu kerana percaya apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

Apapun, dia juga sering mengatakan bahawa setiap pasangan bercinta mengharapkan hubungan melangkah ke peringkat perkahwinan dan dia juga sama.

Dalam pada itu, disoal pula mengenai pelakon Remy Ishak yang bertindak memadam foto dan tidak lagi mengikuti dia dilaman Instragram, jawab Mira Filzah hal itu di luar bidang kuasanya.

“Saya tidak tahu mengenai hal itu. Mungkin Remy mahu memulakan sesuatu yang baharu sempena kedatangan 2020, jadi dia membuat keputusan untuk mengemas kini pengisian kandungan gambar dan video yang ingin dikongsinya dimedia sosial,” katanya.

Mira Filzah bagaimanapun turut berkata dia mengenali pelakon berkenaan sangat selektif apatah lagi dalam berkawan dan siapa saja yang ingin diikut dilaman sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.