Selepas Tiga Kali Tangguh Majlis Perkahwinan, Mamat Sepah Bakal Tamat Zaman Bujang Tahun Ini

Pelawak Mamat Sepah mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini dan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya kelak.

Mamat berkata selepas tiga kali menangguhkan majlis perkahwinan bersama tunang yang juga anggota polis IPD Shah Alam, dia berharap agar apa yang dirancang pada tahun ini menjadi.

“Selepas bertunang pada tahun 2018, kami pernah merancang untuk berkahwin pada Mac, kemudian tangguh ke April.

“Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, anjak pula ke bulan Disember. Tapi sekali lagi rancangan tersebut ditangguhkan kerana saya mahu memberi fokus kepada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Saya harap semua dapat doakan urusan saya dan tunang berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Mengimbau kembali detik perkenalannya dengan wanita berasal dari Lahad Datu, Sabah itu, Mamat berkata dia tidak menyangka pertemuan tidak sengaja mereka bertukar menjadi serius.

“Saya pergi ke IPD Shah Alam sebab nak tolong kawan, kebetulan tunang saya yang kendalikan kes tersebut.

“Kami bertukar nombor telefon kerana saya nak tahu perkembangan kes. Lama-kelamaan hati terpaut dan saya terus bawa dia jumpa ibu,” katanya.

Mamat yang juga anggota kumpulan Stone ditemui selepas minggu Suku Akhir MLM 2019 berakhir.
MLM 2019 bakal melabuhkan tirainya Jumaat ini dengan menyaksikan lima kumpulan iaitu Rare, Puteh, Zero, Bocey dan Jborn mara ke pentas akhir.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.