“LebIh BaIk SIngle Yang Menyenangkan” Zizan Razak

Untuk pengetahuan ramai, pelakon dan pelawak terkenal ini merupakan selebriti yang paling popular menerusi laman Instagram dengan mempunyai 6.8 juta followers.

 

View this post on Instagram

 

Senyuman petang. Just nak tanya siapa plan kawin 2020..???

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Ternyata, posting terbaru daripada Zizan Razak yang juga bergelar penyanyi popular dalam industri tanah air telah mendapat perhatian ramai peminat dan pengikut.

Difahamkan masih berstatus solo, kata Zizan Razak menerusi Instagram lebih baik ‘single’ yang menyenangkan berbanding daripada berpasangan namun merumitkan.

Namun seloroh pelawak terkenal ini juga, melalui posting yang sangat kena dengan foto dimuat naik turut membuatkan peminatnya cair.

Status Zizan Razak jadi perhatian


“Lebih baik single yang menyenangkan dari berpasangan yang merumitkan. Tapi siapa yang single abang tembak hati adik,” tulis pelakon filem Polis Evo ini.

Kapsyen yang bagi peminatnya ‘padu’ itu membuatkan mereka turut berseloroh dengan pelakon ini selain posting Zizan Razak sebentar tadi juga mendapat ribuan tanda suka yang sehingga kini sudah mencecah lebih 40,000!

Malah menerusi status Zizan Razak itu juga ada yang meminta agar dia perlu menembak dan yang mana kena terus saja dipinang jejaka ini.

“Ayat padu…”

“Dia punya pickup line tersentuh dlm hati bang”

“Ayat abang yang pertama memang mantul… yang last lawak”

Untuk perkembangan selebriti ini, dapat dilihat Zizan Razak seperti sedang sibuk shooting bagi filem Polis Evo 3 dan menerusi perkongsian terbarunya itu, dia turut menulis hashtag filem berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Zizan Razak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.