Naqiu Rakam Semula ‘Epis0d Cinta’ Dan Bakal Hadir Dengan Slngle Baru

Biarpun Gegar Vaganza 2019 sudah pun berakhir beberapa minggu yang lalu, salah seorang juara bagi rancangan realiti TV ini sedang sibuk memenuhi hari-harinya dengan pelbagai projek dan persembahan. Namun begitu, baru-baru ini Naqiu Boboy sempat berkongsikan rakaman semula ‘Episod Cinta’.

Perkongsian yang dibuat melalui laman Instagram milik penyanyi ini telah meraih perhatian ramai. Selain itu, Naqiu juga memaklumkan kepada peminatnya bahawa dia bakal mengeluarkan single terbaru.

Naqiu berkongsikan mengenai berita ini semalam dengan sedutan video pendek perjalanan proses membuat rakaman semula lagu ini di studio.

Berikut video pendek Naqiu rakam semula ‘Episod Cinta’ yang dikongsikannya:


Menerusi perkongsian lain, Naqiu turut memaklumkan bahawa rakaman ‘Episod Cinta’ kali ini ada yang istimewa dan akan memberitahu lanjut mengenainya tidak lama lagi.


Sementara itu Naqiu sempat bertanyakan kepada peminatnya lagu baru bagaimana yang mereka mahukan dia keluarkan.


Pertanyaannya ini menerima pelbagai reaksi dari peminatnya. Berikut antara reaksi mengenai Naqiu rakam semula ‘Episod Cinta’ dan jawapan kepada persoalan mengenai lagu barunya itu…

“Kalau tanya I, I nak semua. Rock, pop, balada…”

“Tak sabarrrr”

“Versi 2020 yang lebih husky. Memang luv sangat. Semua sedap tak kisah lagu macam mana sekalipun.”

“Tak sabar nak dengar lagu terbaru Naqiu tahun 2020 ni. Semoga nanti lagu tu akan trending no 1. Akan selalu support. Insha Allah..Mudah mudahan..”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: thisisnaqiu

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.