Selepas Kira Bajet, Instafamous Dan Suami Sepakat Tangguh Timang Baby “Biarlah Dapat Anak Lambat, Janji Dapat Beri Keselesaan Untuk Mereka”

KEHADIRAN cahaya mata dianggap sebagai pembawa rezeki dalam sesebuah keluarga.

Namun lain pula pendapat gadis ini yang enggan memiliki cahaya mata selagi kewangannya belum kukuh.

Amyra atau Naddy, 19, berkata dia juga tidak kisah lambat bergelar ibu kerana mahu bersedia terlebih dahulu demi memberi kehidupan yang selesa buat anaknya kelak.

“Saya agak terkejut sebab zaman sekarang ada lagi orang yang terus fikir kita akan dapat rezeki melimpah bila ada anak walaupun dalam keadaan kewangan yang tak mencukupi.

“Pasal rezeki bila ada anak tu saya tak nafikan. Anak itu pembawa rezeki. Tapi anak tu pun amanah dari Allah. Kita sebagai ibu bapa, kita mesti nak yang terbaik.

Posting Amyra mengenai isu rezeki anak yang menjadi tular.

“Biarlah dapat anak lambat sekali pun, janji kita dapat berikan keselesaan untuk mereka,” ujarnya kepada mStar.

Amyra yang memiliki 73,000 pengikut Instagram sebelum ini ditegur di laman sosial itu setelah berkongsi mengenai topik ‘anak pembawa rezeki’.

Dalam perkongsian InstaStory, dia mengakui ada meminta suaminya membuat perkiraan terlebih dahulu memandangkan barangan keperluan bayi pada hari ini yang mahal harganya.

Dalam penjelasannya, Amyra berkata, memang benar anak itu pembawa rezeki, namun tidak salah untuk bakal ibu bapa membuat kiraan bajet mereka terlebih dahulu.

Jangan fikir orang lain ada anak, kita pun nak ada anak juga.

AMYRA

INSTAFAMOUS

“Saya belum bersedia lagi sebab banyak komitmen dan urusan lain yang kena selesaikan. Pesanan saya, jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab.

“Perancangan keluarga sangat penting. Tahu batas anda, buat kiraan bajet. Ia bukan lagi mengenai anak itu pembawa rezeki, tapi ia mengenai tanggungjawab.

“Kita ni duduk dalam ekonomi yang tak menentu ya. Barang semua mahal. Nak ada anak ni bukan kita jaga dia time baby je.

“Ada anak ni nak kena jaga dia sampai besar. Masuk tadika, masuk sekolah. Jangan fikir orang lain ada anak, kita pun nak ada anak juga,” katanya yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Amyra terlebih dahulu membuat perkongsian itu di Instagram sebelum sekali lagi berkongsi mengenainya di Twitter.

Menurut Amyra lagi, dia sudah membuat senarai dan anggaran untuk kegunaan bayi yang mana ia dipadankan dengan kemampuan semasa dia dan suami.

Dengan cara itu, dia dapat mengenalpasti keadaan kewangan keluarganya, sama ada sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata atau sebaliknya.

“Kalau ikut cara kami, buat list dan anggaran berapa kos untuk baby. Kemudian tengok kewangan kami cukup ke tak untuk spend kalau ada anak.

“Buat simpanan khas untuk baby pun lagi bagus. Kalau setiap bulan pun ibu bapa masih berkira untuk bayar bil, then capai target dulu untuk kumpul duit, baru fikir nak ada anak,” katanya.

Amyra dan suaminya sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan belum memiliki cahaya mata.

Dalam pada itu, perkongsian Amyra mengenai isu berkenaan di Twitter menerima hampir 3,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen turut memberi pandangan mereka mengenai isu berkenaan.

“Sama macam kucing. Orang cakap kucing pembawa rezeki tapi nak bela kucing pun kena keluar duit banyak.

“Rezeki anak memang murah tapi rezeki kena usaha kalau tak usaha mana datang murahnya?

“Rezeki kena cari bukan kena tunggu. Kalau kau kahwin beranak 10 tapi tak kerja macam mana nak ada rezeki?” tulis beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.