“Tak Sangka Pak Ya Dan Ropie ‘Berk0mplot’ Dengan Isteri Saya” Ajak Dapat M0tor Triumph Bonneville T120

Selain kembali ke konti radio pada hari ulangtahun kelahirannya, pelawak Ajak Shiro turut menerima kejutan daripada isteri tercinta, Afifah Amin.

Afifah telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville T120 Black kepada Ajak.

Ajak berkata, selepas tamat program di Damansara bersama Suria fm semalam (Isnin) dia bergegas pulang ke rumah dan terkejut melihat dekorasi untuk sambutan hari ulang tahun kelahirannya.

Namun, kejutan yang dirancang oleh isterinya itu tidak menjadi kerana Ajak pulang lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.

“Sebenarnya isteri saya nak buat surprise, tapi tak jadi…Saya pun okay je lah, sebab dia kata majlis akan bertukar menjadi makan malam.

“Masa tu dia (isteri) yang terkejut sebab saya balik awal dan rancangan dia kantoi! Tapi tak lama lepas tu, motor idaman saya sampai.

“Haaa…masa tu baru saya terkejut! Tak sangka isteri saya senyap-senyap ‘berkomplot’ dengan Pak Ya dan Ropie untuk menjayakan rancangan ‘jahat’ dia ni!,” katanya ketawa.

Bagaimanapun Ajak turut mengucapkan terima kasih kepada isteri, anak-anak, Pak Ya, Ropie dan pengurus kerana telah bersusah payah untuk dirinya.

“Terima kasih semua…Saya tak sangka dah masuk umur 36 tahun pun masih ada yang raikan hari jadi saya.

“Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembira dan terharunya saya ketika ini.

“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang baik dan penyayang dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil berat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ajak yang juga anggota kumpulan Rare bersama Pak Ya dan Ropie di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, mengakui masih belum mempunyai bahan untuk dipersembahkan pada Jumaat ini.

“Mana-mana peserta pun berada dalam keadaan tertekan sekarang ni, begitu juga kami. Tema ‘bebas’ dan ‘muzikal’ tidak semudah yang difikirkan.

“Sehingga hari ini Rare masih mencari bahan cerita yang sesuai untuk dibawa ke pentas akhir MLM 2019, Jumaat nanti.

“Apapun Rare hanya mahu melakukan yang terbaik untuk disajikan kepada semua, terutama penyokong-penyokong dan peminat kami yang sentiasa memberi sokongan selama ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.