Duet Berpelvkan Secara Live, Pr0tege Hafiz Suip M0hon Maaf, Ini ReaksI Si Isteri

Terlalu menghayati lagu duet bersama penyanyi Indonesia, Zaskia Gotik yang membawakan lagu Jangan Tinggalkan Aku nyanyian Imam S Arifin, peserta dari Malaysia, Azmirul Azman,26, terkejut melihat kehadiran isteri yang muncul secara tiba-tiba di program D’Academy Asia 5.

Malah, situasi berkenaan turut tular di laman media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video dari Facebook hiburan Indonesia, Golden Memory, Amirul  dan Zaskia terlalu asyik menyanyi sambil berpelukan dan saling menatap mata antara satu sama lain.

Terkejut akan kehadiran isteri, Nur Fatin Farahin atau mesra disapa Farah, reaksi Amirul yang juga pemenang tempat ketiga Mentor Musim-3 (protege Hafiz Suip) sangat terkejut dan wajahnya kelihatan pucat.

Bagaimanapun, Farah tenang berdepan situasi berkenaan dan ini responnya.

“Tak tahu nak cakap apa dah. Lelaki kalau belakang isteri memang macam ni,” katanya tenang. 

Bagaimanapun, Amirul akui silap dan meminta maaf kepada isterinya itu.

“Sayang, b minta maaf. Selama b ada kat sini, b banyak menyakiti hati sayang . B terpaksa buat mcm ni untuk hiburkan orang di Indonesia dan semua negara,” katanya yang sudah berkahwin dengan Farah pada tahun 2017.

Mahu memberi kejutan, Farah telah menghadiahkan bantal tidur kepada suaminya itu sebagai simbolik bantal kegemaran anaknya yang kini berusia 1 tahun 10 bulan.

“Sebelum nikah kami beli bantal ini , apabila dah nikah, ada anak. Jadi bantal ini kepunyaan anak kami. Inilah bantal kegemaran anak saya. Saya sangat rindu anak saya,” katanya sambil memeluk dan mencium item tersebut. 

Dalam pada itu, Zaskia turut meminta maaf kepada Farah dan menganggap ini sekadar hiburan semata-mata oleh pihak produksi program berkenaan.

Program itu turut menampilkan juri dari Malaysia, Mas Idayu dan tiga orang pengacara Indonesia termasuk Uyaina selaku pengacara tempatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: media hiburan

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.