“MandI Berjam, Adjust Tudung Sampai Peccah CermIn, Susah Oo Nak Bela Anak Darra Ni” Aidid Marcello

Pengacara Aidid Marcello berkongsi kisah suka duka membesarkan anak sulungnya, Alyea Nai Lina yang kini sudah menginjak usia 14 tahun.

Kata tidak mudah untuk membesarkan anak yang semakin hari semakin panjang akal terutama anak daranya itu.

“Mandi berjam, adjust tudung sampai pecah cermin, iron baju lama gila, asyik singgah kedai skin care, takut matahari dan macam-macam lagi.

“Susah ooo nak bela anak dara ni, pening kepala.

“Tapi, biasalah depa ni… makin besar makin banyak pe’el (perangai), iyalah… dah makin bijak, sebab tu rasanya nak kena letak gambar mereka masa bayi, pakai pampers kat bilik mereka sebab nak bagi selalu ingat pengorbanan kita.

“Apapun, aku dah beritahu dia aku tak pernah paksa dia untuk dapat straight A dalam belajar, tapi cukuplah sekadar dia tahu seimbangkan ilmu sekolah, urus diri dan ilmu agama.

“Untuk Ana, daddy just nak beritahu yang daddy sayang sangat kat Ana dan sentiasa doakan Ana menjadi anak yang solehah yang selalu dijaga ke arah jalan yang benar,” tulis Aidid.

Perkongsian itu sempena meraikan ulangtahun kelahiran Ana ke-14 yang jatuh pada 7 Januari.

“Aku dan Norzie kahwin 2005. Berkat nikah malam Jumaat rezeki Allah bagi kat kami seorang puteri 7.1.2006 lahir ke dunia bernama Alyea Nai Lina.

“Budak inilah yang banyak ajar aku dan isteri istilah kehidupan sebenar, maksud kesabaran dan limpahan rezeki yang meluas.

“2007, berkat rezeki, dia ikut aku dan isteri ke tanah haram, demam 14 hari kat Makkah, memang luangkan masa jaga dia saja kat sana, masya-Allah.

“Kalau drive time baby, asyik muntah macam waterfall siap kena bawak bekas plastik.

“Tapi Alhamdulillah, aku syukur sangat dengan dia sebab awal-awal tanpa paksaan, dia dah faham apa peranan & tanggungjawab dia sebagai seorang gadis muslim yang soon bergelar wanita,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

Aku dan @norziepwc kahwin 2005 . Berkat nikah malam Jumaat 😝 rezeki Allah bagi kat kitorang seorang puteri 7.1.2006 lahir ke dunia bernama Alyea Nai Lina. . Budak ni lah yg banyak ajar aku dan isteri istilah kehidupan sebenar, maksud kesabaran & limpahan rezeki yang meluas, Alhamdulillah. . 2007, berkat rezeki, dia ikut aku dan isteri ke tanah haram, demam 14 hari kat Mekah, mmg spend masa jaga dia jer kat sana, masyaAllah. . Kalau drive time baby, asyik muntah macam waterfall siap kena bawak bekas plastic 😭🤦‍♂️. . Tapi Alhamdulillah, aku syukur sangat dengan dia sebab awal2 tanpa paksaan, dia dah faham apa peranan & tanggungjawab dia sebagai seorang gadis muslim yang soon bergelar wanita. . Tapi, biasalah depa ni… makin besaq makin banyak pe’el, yelah… dah makin bijak… sebab tu rasanya nak kena letak gambaq depa masa baby, pakai pampers kat bilik depa sebab nak bagi depa selalu ingat pengorbanan kita. . Apapun, aku dah bgtau kat dia. Aku x pernah paksa dia utk dapat straight A dlm belajar, tapi cukuplah sekadar dia tau balancekan ilmu sekolah, manage herself & ilmu agama. . Untuk Ana, daddy just nak bgtau yg daddy sayang sangat2 kat ana dan sentiasa doakan Ana menjadi anak yang solehah yang selalu dijaga kearah jalan yang benar. . Susah ooo nak bela anak dara ni, pening kepala hahahaha . Saya percaya hampa pun mesti ada cerita anak pompuan hampa, cuba share. Antara yang saya rasa sama. . Mandi berejam / adjust tudung sampai pecah cermin / iron baju lama gila / asyik singgah kedai skin care 🤦‍♂️ / takut matahari dan lain2 hahahaha . Bye Ana… jangan marah… tatatititutu . Selamat hari lahir yang ke-14 🎉 🎂 🍰 🎁 . #aididmarcellofamily #aididitmyway #happybirthday

A post shared by Aidid Marcello 😎 (@aididmarcello) on


Aidid dan Norzie mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ana, Iman, Yusuf dan Ibrahim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.