Pelakon Kampung Pe0ple Di H0t FM BikIn Kec0h Habis

Fenomena dari drama Kampung People nampaknya semakin menjadi-jadi. Makin hari semakin ramai pengikut dan peminat drama Melayu yang satu ini. Namun malam ini drama Kampung People bakal menyiarkan episod terakhir. Di kesempatan itu, stesen radio Hot FM menjemput pelakon Kampung People ke konti hari ini.

Sama seperti dalam drama ini, para pelakonnya memang kecoh dan ‘masuk air’. Mungkin kerana membawa watak mereka sama seperti dalam drama ini. Pelakon yang hadir di konti Hot FM hari ini hanyalah Elly Mazlein, Riena Diana, Remy Ishak, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.

Kehadiran pelakon Kampung People di Hot FM pagi tadi adalah untuk mempromosikan episod akhir drama itu yang bakal disiarkan jam 9 malam ini.

Berikut adalah petikan video yang dikongsikan oleh radio ini menerusi Instagram mereka:


Baru sahaja masuk ke konti sudah riuh dibuatnya. Belum lagi ikuti sesi temubual bersama penyampai radio, lebih kecoh! Perkongsian Hot FM ini telah meraih lebih 53,000 tontonan dengan hampir 10,000 likes setakat artikel ini ditulis.

Selain itu mereka sempat merakamkan foto bersama penyampai radio di dalam konti seperti berikut:


Rata-rata netizen meninnggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Aduhh berdekah”

“Boleh pecah konti”

“Harap akan ada cite ni lagi sambungan. Buatlah cite untuk raya jugakk. Mesti bestt!”

“Gegar la konti..”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Hot FM

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.