“T0long Jangan Ajar 0rang Tambah D0sa” Kerana Pr0mosi Pr0duk, Sharifah Sakinah Undang K0men Nakall Netizen

Pelakon Sharifah Sakinah dikecam selepas memuat naik video yang menunjukkan dirinya memakai ‘push up pants’.

Rakaman video tersebut dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Sakinah yang memakai baju kebaya menunjukkan bahagian perut yang ‘flat’ kesan daripada produk tersebut.

Malah, Sakinah turut berkongsi bahagian pinggulnya yang kelihatan lebih seksi bentuknya.


Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempertikaikan tindakan aktres tersebut memuat naik video tersebut yang dianggap tidak sopan.

Malah, ada segelintir pengikut terutamanya kaum lelaki bertindak meninggalkan komen nakal.

“Tak malu ka kat semua orang tunjuk perut adoii.”

“Tolong jangan ajar orang tambah dosa.”

“Saya peminat awak tapi tak ada cara lain ke untuk menjual?”

“YaAllah. Semoga terus dibukakan hati dalam menjaga adab berpakaian. Sesungguhnya kita adalah beragama Islam. Ada adab berpakaian, adab aurat. Jagalah itu semua. Hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Ingatan untuk diri sendiri juga.”

“Asal tak tunjuk je satu badan? Taubat la dunia dah akhir zaman,” antara komen-komen yang ditulis.

Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen yang kagum dengan cara Sakinah menyakinkan pembeli untuk membeli produk itu.

Video itu sehingga kini mendapat hampir 340,000 tontonan dan lebih 400 interaksi netizen.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, juruterbang, mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Anais Adha.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.