“Dah Jangka Pasti Ada Yang Tmbak, Sabar, Chill” Resp0n Erra Fazira Bila Ada Yang ‘BIsing’ Jadi H0s MeleT0P

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira membidas komen negatif yang diberikan kepadanya ketika menjadi hos jemputan program MeleTOP pada Selasa.Erra membalas komen negatif itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Erra, dia sudah menjangkakan perkara itu berlaku sebaik sahaja menerima tawaran untuk beraksi sebagai hos sementara.

“Menjadi pengacara JEMPUTAN @meletop! Perghhhh sudah dijangka pasti ada pihak yang tembak kerana mahukan artis favourite mereka yang beraksi.

“Sabar adik-adik. Ini JEMPUTAN sahaja. Minggu depan orang lain pulak okay. Chill-chill dong,” tulisnya.Dalam pada itu, Erra juga turut menyatakan rasa selesa bekerjasama dan mengucakan terima kasih kepada hos MeleTOP, Nabil Ahmad kerana banyak membantunya.

“Apa pun, thank you @nabilzira yang memang spontan dan selamba dek jer dia mengacara.“Kurang sikit nervous bila bergandingan dengan orang hebat! Keep it up bro! You memang win! Terima kasih team meletop sudi undang saya.

“Set baru memang mengancam! Cantik nampak wow! Ada rezeki… Insya-Allah panggil lagi okay! Nak pakai baju pelik-pelik tapi benar lagi,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Semalam . Menjadi pengacara JEMPUTAN @meletop !! Perghhhh sudah dijangka pasti ada pihak yg tembak krn mahukan artis favourite mereka yg beraksi.. sabaooooo adik adik.. ini JEMPUTAN sahaja.. minggu depan orang lain pulak k.. chill chill dong.. . Apapun, thank you @nabilzira yg mmg spontan dan selamba dek jer dia mengacara.. kurang sikit nervous bila bergandingan dgn org hebat!! Keep it up bro!! U mmg win!!! Thank you team meletop sudi undang saya.. set baru mmg mengancammm!! Tantekkkkk nampak wow!!😍😍🥰 Ada rezeki insyaAllah panggil lagi k! Nak pakai baju pelik pelik tapi benar lagiiii.. 🤪🤣🤣🤣 . . Makeup : @makeupbydeqsha Wardrobe : @ooicouture Stylist : @abushaefhamza #styledbybu

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


Terdahulu pada 3 Disember lalu, hos tetap MeleTOP, Neelofa telah mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan itu selepas tujuh tahun bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.