“Finally Dia Masuk Wad” Suami Bella Dally Dithan Di H0spital Kerana Inflvenza, Svhu Badan Agak Tinggi

SUAMI kepada pelakon Bella Dally iaitu Arif Izuddin, 35, terpaksa dimasukkan ke hospital pada awal pagi Rabu selepas disahkan terkena jangkitan Influenza.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, dia dan suami pada awalnya cuba untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital terkemuka di Kuala Lumpur namun terpaksa pulang kerana kehabisan ubat.

“Suami kena Influenza… tadi dekat hospital lain, tapi mereka kehabisan ubat.

Antara perkongsian yang dimuat naik Bella ke Insta story miliknya.

“Sekarang dekat Ampang Puteri pula. Tengoklah betapa ramainya orang dekat sini… wad pun penuh,” ujarnya.

Bella berkongsi mengenai perkara itu menerusi posting yang dimuat naik ke Instastory miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Bella menerusi sebuah laporan akhbar berkata, suaminya itu perlu ditahan selama seminggu sehingga keadaannya pulih berikutan suhu badan yang agak tinggi.

“Akhirnya suami kena tahan… nak ikutkan doktor, dia perlu ditahan selama seminggu untuk rawatan.

“Yang lain, jaga diri dan pastikan anda memakai topeng muka khususnya ketika berada di tempat yang sesak,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.