“Pengalaman Dalam Bldang Tarian Tidak Membantv” Arja Lee Akui Dansa Dan Sing Mencabarr

Penyanyi dan peserta program Dansa Dan Sing, Arja Lee akui tidak berpuas hati dengan kualiti persembahannya di konsert pertama pertandingan itu Ahad lalu.

Menurut Arja, pengalaman dalam bidang tarian sebelum ini tidak membantu kerana semua peserta harus menari sambil menyanyi ketika membuat persembahan.

“Rasa puas hati masih belum wujud untuk diri saya, sejujurnya, pengalaman dalam bidang tarian sebelum ini tidaklah membantu.

“Pertandingan ini amat berbeza dimana semua peserta harus menari dan menyanyi pada waktu yang sama, benar sebelum ini saya pernah masuk pertandingan nyanyian, tetapi itu sekadar menyanyi dan berdiri sahaja di atas pentas,” katanya.

Dalam pertandingan tersebut, Arja diiringi skuad yang dinamakan The Pirates yang mempunyai anggota seramai empat orang.

Tambah Arja, dia telah banyak menghadapi kesukaran ketika sesi latihan sebelum konsert pertama.

“Saya banyak hadapi kesukaran ketika sesi latihan, banyak kesilapan yang dilakukan seperti tersilap lirik dan sebagainya.

“Namun begitu, saya bersyukur kerana dapat lakukan dengan lebih baik tanpa mengulangi kesilapan tersebut pada konsert pertama,” tambah Arja.

Guru tari terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.

Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama Linda dan Rizalman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.