“Segalanya Berubah Bila Ada Eidrees” Anzalna Nasir Sambut Hari Lahir Ke 32 Happy Birthday

Pelakon cantik Anzalna Nasir atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir meraikan ulang tahun ke-32 hari ini.

Menerusi kemas kini akaun Instagram miliknya, aktres drama bersiri Memori Cinta Suraya ini mendedahkan sambutan hari istimewanya berubah selepas kedatangan anak, Mohamad Eidrees.

“Segalanya berubah bila ada @mohamadeidrees 😊 Dulu, mesti tunggu sampai 12 midnight sebab nak celebrate birthday.

“Semalam, 9 malam dah tidur sebab kena berjaga malam susukan anak. I am not complaining tapi sangat bersyukur. @mohamadeidrees lah yang ditunggu-tunggu selama ni,” tulis Anzalna.


Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Arluna ini juga sempat bergurau dalam ucapan terbabit.

“Malam tadi suami @hanif_zaki kejutkan I, cium I di dahi dan mengucapkan selamat hari jadi kepada I tapi I pura-pura mengigau! Hahahahahahahahahahaha #9thJan,” tulisnya lagi.

Anzalna mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohammad Eidress pada 31 Mei 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.