Tervbat RIndu, PemInat GembIra Bila Faizal Tahir Kembali AktIf Di Instagram

Kerinduan peminat terubat selepas penyanyi Faizal Tahir kembali aktif di akaun Instagram miliknya.

Faizal telah kembali mengemaskini akaun terbabit setelah menyepi sejak September tahun lalu.

Menerusi kapsyen yang ringkas ‘testing’, Faizal telah berkongsi sebuah rakaman video ketika berada di Lubnan bagi mengikuti misi kemanusiaan di sana.

Pelantun lagu Ragaman itu turut berkongsi suhu cuaca di negara itu di Instagram Stories miliknya.

 

View this post on Instagram

 

testing

A post shared by FT (@faizal_tahir) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, peminat dan rakan artis meluahkan rasa lega kerana Faizal memilih untuk kembali aktif.

“@elizadsharifuddin: Yeayyy!!”

“@yasinsulaiman: Wow welcome back huhu.”

“@azizharun212: Good to have you back Faizal Tahir!”

“@norylnn_m.noor: Welcome back Faizal Tahir. Been waiting patiently for this day.”

“@Besek_sarina: Yayy! Bapak kembali Alhamdulillah.”

Terdahulu, Faizal mengumumkan akan berehat seketika daripada arena muzik untuk tempoh yang panjang.

Keputusan yang dibuat Faizal itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan dua sahabat baiknya iaitu pemain gitar terkemuka, Fauzi Samin (Aji) dan pemain bass terkenal tanah air, Kelly yang meninggal dunia.

Faizal juga bertindak memadam kesemua foto di akaun Instagramnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.