Wajah Terbaharu Adik Ainul Mardhiah, Makin Tembam Dan Dah Tumbuh Gigi

Sudah semestinya anda masih ingat dengan kisah bayi berusia 9 bulan yang diterbangkan ke London, Ainul Mardhiah, untuk menjalani menjalani pemb3dahan bukan? Pemb3dahan pada tanggal 25 Mei 2019 yang mengambil masa selama 5 jam bagi mengeluarkan tumor seberat 200g pada mulutnya yang dikenali sebagai germ cell tumour ini mendapat doa dan sokongan rakyat Malaysia sehingga kini.

Mesti ramai dalam kalangan anda yang masih mengikuti perkembangan adik Ainul di laman media sosial kan?

GAMBAR TERBAHARU, DAH TUMBUH GIGI!

Terbaru, bapa kepada Ainul iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memuat naik beberapa gambar terbaru anaknya yang berusia 17 bulan itu bagi tatapan pengikutnya di Instagram. Apa yang menarik perhatian ramai adalah adik Ainul dah tumbuh dua batang gigi!

Yay saya dah ada dua batang gigi! Ini pun tengah gatal lagi gusi ni.

Kedua-dua posting tersebut menerima banyak komen orang ramai yang rata-rata mengakui bayi berkenaan nampak sihat dan montel selain memuji kecomelan pipinya yang semakin gebu.

Rambut ainul kalau tak pakai minyak rambut. Entah ikut siapa lah rambut dia ni.

“DAH TEMBAM DAH DIA”

Bukan itu sahaja, posting gambar tersebut mendapat reaksi yang sangat positif dari orang ramai. Ramai yang mengatakan termasuklah Dr. Amalina Che Bakri bahawa adik Ainul kelihatan makin sihat dan tembam!

 

View this post on Instagram

 

Ainul dah pandai babai. Salam pun dah reti dah 😃

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on


*Semoga adik Ainul terus sihat dan membesar jadi anak yang solehah ya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: sinar viral

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.