Fezrul Khan Berrang PM Main Harga Saat AkhIr, Bagi ‘J0b’ Pada Kr0ni “Aku Dah 20 Tahun Tak Pernah Ada Masalah Macam Ini”

PELAKON Fezrul Khan berang dengan sikap seorang pengurus produksi atau production manager (PM) yang mengubah perjanjian awal melibatkan bayarannya pada saat-saat akhir.

Lebih menimbulkan kemarahan Fezrul, 38, apabila permintaannya menerima sindiran daripada individu tersebut.

“Kalau dah tahu penerbit kau tu bangang, kenapa kau lock aku dari awal kau setuju dengan harga aku. Aku dah 20 tahun tak pernah ada masalah macam ini.


Fezrul meluahkan perasaan di Instagramnya.

“Tiba-tiba saat akhir kau boleh pula main harga dengan aku. Aku cakap bayaran aku bukan mahal mana sebab itu aku suruh kau sound penerbit simpan duit tu bawa pergi haji.

“Kau sound aku bagi pihak penerbit, kau cakap kau dah pergi haji dulu daripada aku siap bawa keluarga 17 orang. Nampak sangat la kau nak next job dengan penerbit kau,” katanya.

Fezrul meluahkan perasaannya dan memuat naik paparan skrin perbualan dengan pengurus produksi itu di laman Instagramnya.

Aku cakap bayaran aku bukan mahal mana sebab aku itu aku suruh kau sound penerbit simpan duit tu bawa pergi haji.

FEZRUL KHAN

PELAKON

Sebelum ini, pelakon Didie Alias melalui situasi yang sama apabila namanya digugurkan daripada membintangi sebuah drama televisyen pada saat-saat akhir.

Menurut Didie, pihak produksi yang membuat tawaran itu memberikan alasan bajet untuk drama berkenaan tidak mencukupi.

Dalam pada itu, pemilik nama Fezrul Khan Junaidi ini memberitahu dia tidak akan menerima tawaran tersebut jika diberikan bayaran yang sangat rendah.

Fezrul turut mempersoalkan kredibiliti individu tersebut yang dipercayai memberi keutamaan kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Fezrul mempersoalkan kredibiliti PM berkenaan urusan tawaran lakonan drama yang diterimanya.

“Kalau kau buka harga itu dari awal, aku tak hadap job kau tu. Masalahnya kau main harga last minute. Dah kau tahu penerbit kau tu bangang janganlah sound aku suka hati kau.

“Ke sebab kau nak masukkan bakat-bakat baharu kau. Sebab apa yang aku dengar selama ini kau dengan kroni kau.

“Sekarang salahkan penerbit pula. Kami tahu penerbit kau memang sejenis method. Pembantu peribadi tak boleh makan kat set, tak ada sediakan bilik tapi sembang dia wow hebatnya,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.