“Hmmmm Dakkk Erhhh” Kec0h Pemuda GambIa Makan Ayam CIcah Bvdu, Rupa-Rupanya Ramai Kena Game

“HMMM… dakkkk erhhh”.

Demikian kedengaran komen seorang pemuda warga Gambia selepas menikmati nasi lauk ayam bersama budu.

Rakaman gelagat pemuda itu menikmati sos ikan bilis itu menjadi tular selepas dikongsi seorang netizen di Twitter.

Video berdurasi 21 saat itu dengan kapsyen ‘cara-cara makan budu yang sebenar’ mendapat lebih 160,000 tontonan di platform media sosial itu.

Posting ‘cara-cara makan budu yang sebenar’ menjadi tular di Twitter.

Dalam video itu, pemuda tersebut yang dikenali sebagai Waka Jeng itu turut mengajar orang ramai cara untuk menikmati makanan kegemaran rakyat Kelantan itu.

“Jadi saya mahu ajar anda cara-cara untuk makan budu. Goncang botol terlebih dahulu. Tuang ke dalam pinggan. Calit ayam dengan budu. Ambil sedikit nasi dan suap,” katanya.

Saya hanya cuba untuk menikmati budu saya bro. Saya tidak tahu (video) ini akan dikongsi secara online.

WAKA JENG

PELAJAR

Ketika ditanya salah seorang rakannya yang merakam video itu adakah budu sedap, jawapan Waka ternyata menghiburkan hati netizen.

“Hmmm… dakkkk erhhh (sambil membuat isyarat OK),” kata penuntut di sebuah universiti tempatan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan itu.

Bagaimanapun, pemuda berkenaan menerusi ruangan komen pada posting yang viral itu menjelaskan kisah di sebalik video tersebut.

Waka dilihat tidak kekok menikmati hidangan itu.

“Saya hanya cuba untuk menikmati budu saya bro. Saya tidak tahu (video) ini akan dikongsi secara online,” katanya.

Waka juga tidak menduga videonya itu akan tular di Twitter.

“Lol (video) kini di Twitter sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, netizen turut menyedari bahawa Waka hanya sekadar berlakon menikmati hidangan tradisional itu.

Antara komen netizen melihat gelagat Waka menikmati ayam cicah budu.

“Weh dia tak makan pun ayam dia cicah budu tu,” kata Anis.

“Tulah baru perasan, rupanya hanya lakonan,” tulis Arif.

“Baru nak tulis ada geng makan ayam cicah budu ruponyo (rupa-rupanya) tak make (makan) pun aye (ayam) tu” kata Jaa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.