“Kemlngan Di Tempat Kerja, Adik Saya Melecvr Tahap Dva” Dvgaan Ajak Menjelang Flnal MLM 2019

Anggota kumpulan Rare di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Ajak diduga apabila adiknya dikenali sebagai Fitri ditimpa kemalangan di tempat kerja pada Khamis.

Ajak ketika dihubungi berkata, dalam kem4langan tersebut adiknya mengalami melecur tahap dua dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Buat masa ini apa yang boleh saya kongsi, adik saya terbakar dan melecur tahap dua. Saya belum lagi bertanya kepada dia mengapa dan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.

“Biar doktor buat rawatan dahulu dalam masa sama mahu adik berehat kerana sudah tentu dia berada dalam keadaan trauma dan masih terkejut,” katanya.


Dalam pada itu, Ajak turut memohon maaf kepada dua lagi anggota Rare iaitu Ropie dan Pak Ya kerana tidak dapat memberikan komitmen pada sesi latihan MLM 2019.

“Saya tinggalkan rehearsal untuk final MLM 2019. Saya terpaksa uruskan adik saya dan sekarang saya masih ada dekat hospital.

“Saya terpaksa tinggalkan Pak Ya dengan Ropie berdua kat sana (Teater Shah Alam). Terima Kasih Pak Ya, Ropie sebab faham keadaan saya. Kita cuba buat yang terbaik esok (hari ini),” katanya.

Perkara tersebut turut dikongsi ajak di laman sosial Instagram (IG)nya dengan memuat naik paparan skrin perbualan Rare di aplikasi Whatsapp.

Hang (awak) jaga diri baik-baik. Abang dan Pak Ya settle kat sini. Kami mendoakan semoga adik hang cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” kata Ropie.

Sementara itu Pak Ya turut berpesan kepada Ajak supaya tidak perlu risau tentang dia dan Ropie sebaliknya kerana adik Ajak lebih penting buat masa sekarang.

“Tak apa Ajak, kami okay saja. Andai kata kita tak berjaya di sini, kami tak akan kecewa adik mike (awak) tu lagi penting,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.