“Mungkln Dah Terdessak” Ingatkan Bawa Beg Galas, Netizen Risav LIhat Bapa Ni Bawa BayI NaIk M0tosikal Lalu Penang Bridge

Dalam kehidupan ini, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Kadangkala memang kita rasa macam sesak sikit atau kurang duit di hujung bulan, tapi sekurang-kurangnya kita masih ada kereta dan rumah untuk berteduh.

Cuba kalau korang berada di tempat lelaki kat bawah ni. Sebak bercampur risau pula min tengok dia bawa anaknya yang masih bayi menaiki motosikal melalui Jambatan Pulau Pinang. Allahu… 

“Allah… ingatkan abang ni galas beg belakang dia… bila ushar dekat-dekat rupanya ada baby” 

Menerusi perkongsian page FB Penang Kini, seorang lelaki dilihat menunggang motosikal melalui Jambatan Pulau Pinang sambil menggalas sebuah ‘beg kecil’ di belakang badannya.

Namun bila ditengok dekat-dekat, rupanya ia bukanlah sebuah beg tetapi seorang bayi kecil digalas di belakangnya. Allah kesiannya budak tu lalu bridge panas-panas gini… 

“Patut galas depan sebab kecil lagi. Jambatan pun bahaya bawa moto, kadang angin kuat” 

Selain daripada simpati dengan nasib bapa bayi itu, video tersebut juga mengundang rasa risau netizen yang merasakan bayi tersebut sepatutnya dibawa di bahagian depan dan bukannya digalas di belakang.

Yalahkan, sekurang-kurangnya kalau bayi tu nangis atau apa-apa jadi boleh tengokkan. 

“Semoga dipermudahkan urusan brother tu… mungkin itu ja kenderaan yang dia mampu” 

Walau bagaimanapun, ramai yang berfikiran positif dan mendoakan semoga lelaki tersebut bersama anaknya selamat dan mendapat rezeki melimpah ruah daripada Allah SWT.

Bagi mereka yang mengenali bro ni, harap adalah yang sudi membantu. Kasihan pulak tengok dia bawa anak macam tu di belakang. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.