“Takvt Saya Bersvnat Pun UsIa 38 Tahun,” Statvs Adam C0rrie Jumpa D0ktor GIgi Mencvit HatI

Pelakon Adam Corrie menafikan dirinya seorang yang takut untuk berjumpa doktor gigi bagi mendapatkan rawatan.

Kenyataan itu dibuat selepas Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 52, mengadu mengalami sakit gigi dan kemungkinan perlu dicabut.

Perkara itu dikongsikannya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram semalam.

Bagaimanapun, perkongsian status Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 52, itu kemudian mengundang perhatian netizen.

Apa yang mencuit hati, pelakon filem Gangster Celop itu cuba membandingkan kesakitan mencabut gigi dan proses berkhatan yang dilaluinya sebelum ini.

“Saya jumpa doktor gigi dua kali setahun. Kali ini sakit gigi..tak tau lah.. kena cabut ke..macam mana ni.

“Takut? Tak adalah. Saya bersunat pun usia 38 tahun, setahun sebelum saya syahadah,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Rata-rata terhibur dengan pengakuan ‘berani’ yang dikeluarkan pelakon filem KL Gangster itu apabila berkongsi hal pengalaman dirinya berkhatan.

“Savage gila kapsyen!

“Sunat berapa kali setahun?

“Sunat sekarang macam mana guna laser atau macam kat kampung. Ada kawan saya Cina nak tahu.

“Saya lagi takut doktor gigi daripada doktor sunat bang. Dulu sunat berani je, Doktor gigi fuh lari dulu,” tulis sebahagian netizen.

Bagaimanapun, pada masa sama, ramai juga netizen yang cuba menenangkan dan meyakinkan dirinya untuk tidak perlu takut.

“Jangan takut, tak ada apa-apa kalau mereka bius kamu. Kamu tidak akan merasa sakit sedikit pun.

“Takkan lah Dragon takut cabut gigi!

“Aikk muka ganas Dragon, tak akan cabut gigi pun takut,” usik sebahagian netizen.

Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd. Fuad pada 2008.

Pelakon drama Gerak Khas itu juga kemudian pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor pada 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.