“Aku Berd0a Dengan Jual Nama Mak” SelIt Nama Mak Dalam D0a, Semua D0a Ibu Ini Dimakbvlkan.

Sedikit perkongsian daripada seorang ibu di laman sosial.  Berkongsi pengalaman, tentang cara berdoa yang diamalkan.

Doa adalah permohonan kepada Allah yang disertai kerendahan hati untuk mendapatkan suatu kebaikan dan permintaan yang berada di sisi-Nya. Sedangkan sikap khusyu’ dan tadharru’ dalam menghadapkan diri kepada-Nya merupakan hakikat pernyataan seorang hamba yang sedang mengharapkan tercapainya sesuatu yang dimohonkan. Itulah pengertian doa secara syar’i yang sebenanya.

Jom ikuti kisah doa yang dimakbulkan bila selit nama ibu dalam doa seperti yang dikongsikan ibu muda ini.

Sedikit intro tentang aku. Aku seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak kecil. Yang kedua coming soon Insyaallah September nanti. Aku tidak bekerja. Aku hanya berniaga cookies yang aku buat di rumah secara online.

Sebelum ni aku pernah terbaca satu kisah tentang seorang mak yang memesan kepada anaknya, kalau nak berdoa apa-apa, jual nama mak. Contoh kalau doa nak bawak suami atau isteri pergi umrah, doa macam ni “Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak suami / isteri aku pergi umrah. Semoga aku dapat bawak mak sekali”.

Kalau nak beli rumah, doa macam ni “Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku datang melawat nanti dia selesa”. Menurut maknya, insyaAllah doa tu naik serta merta tanpa hijab.

Si ibu tadi ada share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap dan gemuk. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik.

Sahabat-sahabat Nabi tanya pada dia macam mana dia boleh dapat isteri yang cantik sangat macam ni? Dia pun kata “Setiap hari aku berdoa pada Allah, Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”. (Wallahualam)

Dan aku pon cuba amalkan. Setiap hari. Sambil aku nak lintas jalan, sambil aku buat kerja rumah, sambil aku buat cookies. Doa aku semoga Allah murahkan rezeki aku agar aku dapat bantu mak aku.

Agar aku mampu buat mak aku hidup senang. Alhamdulillah. Setiap hari aku dapat tempahan cookies walaupon tak banyak. Aku mampu hulurkan wang belanja untuk mak dan keluarga aku di kampung.

Pagi tadi mak aku call tanya ada duit tak. Mak nak bayar amanah minggu ni. Adik pon kena beli uniform kolej. Boleh mak pinjam sikit. Insyaallah hujung minggu ni mak bayar balik. Aku terdiam tak tahu nak jawab apa. Aku sebak, macam mana aku nak tolong mak aku hari ni?

Dalam akaun aku cuma ada RM37.56 je. Aku berserah sesungguhnya. Dan aku terus merayu memohon “Ya Allah, kau limpahkanlah seluas luas rezeki untuk aku agar aku dapat senangkan mak aku Ya Allah. Ya Allah, murahkanlah rezeki aku hari ni supaya aku mampu bantu mak aku Ya Allah” berulang ulang kali aku berdoa.

Aku berdoa dengan menjual nama mak aku. Allahuakbar, ternyata Dia Maha Mendengar. Petangnya, dua orang vendor aku bankin duit sewa, agent cookies bankin duit cookies, customer doorgift langsaikan bayaran baki dan ada customer order cookies untuk raya siap bankin full payment. Aku terus sujud syukur. Hebat kuasaMu Ya Allah. Allah angkat doa aku.

Lepas ni bila nak doa boleh la selit nama mak yang mana masih ada mak. Kalau dah takde mak, gunalah nama ayah, nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat mertua dengan mak ayah kandung sama je takde beza pun. Tanpa doa dan restu mak ayah, tak kemana pun kita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.