#Happy Birthday Siti Nurhaliza TrendIng Di Twitter, T0k Ti M0hon D0a Agar Sentiasa Tabah HarungI Dvgaan

SEMPENA ulang tahun kelahiran yang ke-41, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur atas segala kurniaan yang Allah berikan kepadanya.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin memohon doa agar diri dan hatinya sentiasa dekat pada Tuhan serta tabah dalam setiap dugaan yang datang.

“Alhamdullillah, terima kasih ya Allah di atas kurniaan umurku, kesihatanku, rezekiku, suamiku, ibuku, adik-beradikku, anakku dan kasih sayang orang terhadapku.


Siti meluahkan rasa syukur atas kurniaan Allah berikan.

“Jadikan aku orang yang sentiasa bersyukur dan bersujud kepadaMu… Kurniakan ku keimanan yang tinggi dalam mengharungi dugaan di dunia ini.

“Peganglah dan pimpinlah hatiku ya Allah…”Dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan,” kata Siti.

Siti berkongsi luahan dan doa tersebut di Instagramnya pada Sabtu dan rata-rata peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat penyanyi nombor satu Malaysia itu.

Keluarga bahagia Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, peminat turut mewujudkan hashtag #HappyBirthdaySitiNurhaliza di laman Twitter sehingga menjadi trending di Malaysia.

Malah, mereka turut berkongsi beberapa foto dan video kenangan bersama penyanyi Anta Permana itu.

Manakala stesen radio seperti Hot FM memutarkan lagu-lagu popular Siti Nurhaliza sejak awal pagi, Sabtu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.