F0to Daniella Sya BerbIkIni Buat Netizen Tidak Senang “Mereka KelIru Sangka Saya 0rang Melayu”

PELAKON Daniella Sya memberitahu dia sudah menjangkakan perkongsian foto dia berbikini di Instagram akan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Biarpun ada netizen yang meluahkan rasa kurang senang namun Daniella atau nama sebenarnya Daniella Sya Yeng Yeng, 32, tidak berhasrat untuk memadam foto berkenaan.

“Sebenarnya saya sudah jangkakan foto itu akan menarik perhatian ramai orang dan pasti ada netizen yang salah faham dengan diri saya.

“Masing-masing ada pendapat sendiri tapi bagi saya, foto itu cantik dan tak ada salah pun untuk saya kongsikan di IG saya,” katanya .

Foto Daniella berpakaian renang yang seksi menarik perhatian netizen.

Sebelum ini, Daniella berkongsi foto memaparkan dirinya sedang mandi-manda di pantai dengan berpakaian seksi mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mereka memuji kecantikannya namun ada juga beranggapan perkongsian itu terlalu seksi untuk dijadikan tontonan umum.

Dalam pada itu, Daniella mengakui masih ada segelintir netizen yang tidak mengetahui latar belakang dirinya sehingga beranggapan dia beragama Islam.

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini berharap lama-kelamaan orang akan lebih mengenali dirinya.

Daniella menyedari masih ada netizen yang keliru dengan latar belakangnya.

“Saya tahu masih ada orang yang salah faham mengenai latar belakang saya dan mereka juga keliru, ingatkan saya orang Melayu sebabkan nama saya.

“Walaupun saya banyak berlakon drama Melayu tapi saya bukan beragama Islam. Memang saya dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kuala Lumpur tapi ibu bapa saya berbangsa Cina.

“Tapi tak apa, lama-lama nanti mereka akan tahu dan kalau betul nak kenal saya, boleh saja cari mengenai saya di internet,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.