Ulang Tahun Bekas Mertua Dai Farhan, Ini TitIpan Fatin Nurul Ain Buat Si Ibu, “lnsan Inilah BangkItkan Semangat Yang Pernah MatI.”

Meraikan ulang tahun kelahiran ibu tercinta, bekas isteri dai Farhan iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris telah mengadakan majlis secara kecil-kecilan di kediamannya.

Dalam pada itu, Fatin bersyukur kerana ibunya sentiasa memberi semangat dan dorongan tatkala Fatin berasa ‘down’.

“Salah satu pintu kebahagiaan terbesar seorang anak ialah doa kedua orang tua.

“Di saat diri dalam kesulitan, kesusahan, dihina, kedua dua insan inilah yang sentiasa bersama untuk bangkitkan semangat yang pernah mati.

“Kasih sayang mak tiada ganti, sentiasa terus menyayangi kami. Kasih sayang mak yang tanpa mengharap balasan & tidak mampu kami membalas. SANAH HELWAH MAK.

“Semoga Allah lindungi, rahmati & sayangi mak seperti mak sayangkan kami,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Fatin baru sahaja melahirkan anak kedua pada Ahad lalu.

Terdahulu, Fatin dan Farhan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu  Fariha, 1 tahun 6 bulan dan seorang anak lelaki yang kini berusia enam hari.

Farhan turut memaklumkan dia telah bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Facebook Fnama Fatin

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.