‘Dem@m Panass Dan SakIt Pervt TIba-TIba’ Anak Setahun MenInggal DunIa Undang Sebakk

Sedihnya hati kami mendengar luahan bapa ini yang kehilangan anaknya sekelip mata. Pada awalnya, abang kepada Ajim disahkan hidap Influenza A sehingga menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke wad di Kuantan. Bapanya terpaksa meninggalkan Ajim bersama neneknya sebelum tiba-tiba Ajim demam panas dan meninggal dunia. Sebaknya.

Abang kepada Ajim tak sihat

Assalamualaikum semua saudara-saudara dan sahabat sahabat saya di dalam ruangan ni. Seminggu anak saya Muhammad Dayyan Hazim (ajim) yang berumur 1 tahun 8 bulan meninggalkan saya untuk kembali kepada Allah SWT. Hari ni saya diberi kekuatan olehNya untuk menceritakan detik sebelum anak saya kembali ke rahmatullah dan menitipkan pesan buat semua. Sayangnya kami sekeluarga pada Ajim Allah sahaja yang maha mengetahui.

31/12/2019- Anell abang kepada Ajim demam pada paginya dan suhunya mendadak naik sehingga 39 degree pada sebelah petang dan malam. Demam tak kebah-kebah walaupun diberi ubat. Saya bawak Anell ke hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan jam 12 tengah malam. Setelah darah diambil, doktor di hospital temerloh mengesahkan yang anak saya tiada jangkitan kuman dan disuruh balik..subhannallah..saya bagitau kepada doktor tersebut anak saya sering sakit perut dan demam beliau tak kebah-kebah walaupun diberi ubat demam. Malahan ubat demam yang diberi di hospital juga tidak memberi kesan untuk menyembuhkan demam beliau.

Tak dapat beri tumpuan kepada Ajim

Doktor tetap arahkan saya untuk balik dan kerap membasahkan badan anak saya dengan air. Allahuakbar..huhuhu…dengan sedikit kekecewaan saya bawak anak saya balik. Sampai rumah jam 6 pagi.. saya dan isteri sering basahkan badan anak tetapi seperti meletakkan air di atas cerek panas. Tak mampu untuk menurunkan suhu. Jam 8 pagi sekali lagi saya bawak Anell ke primamedik Temerloh dan menceritakan semuanya termasuk darah telah diambil di hospital Temerloh. Doktor di primamedik kemudiannya mengambil sample hingus untuk dibuat ujian influenza. Tak syak lagi bahawa Anell dijangkiti influenza A.

Bayangkan begitu sedih saya dengan fasiliti hospital kerajaan yang sangat menyedihkan tak mampu mengesahkan anak saya menghidap influenza A. Dengan surat rujukan dari primamedik saya bawak Anell terus ke kuantan medical centre (KMC). Bayangkan sahabat sahabat semua, saya tak dapat bagi tumpuan pada Ajim sepanjang masa tu dan tak pernah berjumpa dia dari 1 januari 2020. Allahuakbar. Saya lebih memberi tumpuan kepada Anell kerana dia demam teruk. Saya sangat sedih sehingga sekarang bila terkenangkan semua ni. Saya berada di KMC bersama Anell dan umi menjaga Ajim dan Along di rumah.

Ajim demam sakit perut

2/1/2020 – Pada sebelah malam umi bagitau saya yang Ajim demam. Saya hanya memikirkan yang Ajim hanya demam biasa sebab beliau kebah selepas tu. Pada sebelah pagi 3/1/2020 Ajim demam balik dan saya bagtiau umi supaya bawak Ajim ke primamedik sebab dah tahu sangat dengan prosedur hospital kerajaan kalau baru demam memamg disuruh balik tanpa ambik darah untuk pemeriksaan detail. Saya bgtau umi untuk mintak doktor di primamedik buat influenza test. Alhamdulillah negatif. Ajim sangat aktif sehingga saya dan isteri mmg tidak dapat mengesan langsung sama ada Ajim tengah sakit atau pun tidak. Tapi, umi bagitau Ajim selalu sakit perut. Umi bwk Ajim balik rumah berbekalkan ubat demam jenis cecair dan sub serta antibiotik.

Selepas jumaat umi call saya bgtau demam Ajim naik dengan mendadak…Allahuakbar…Ajim dimandikan dengan air lemon tapi masih tak kebah-kebah. Umi bagitau yang dia nak masukkan sub dan sy pun setuji. Selepas masukkan sublah Ajim sawan yang tiada penhujungnya. Allah dalam keadaan bercelaru umi ditemani oleh dua orang staff saya bawak Ajim ke emergency hospital jengka. Pada masa yang sama saya terus bergegas balik dari KMC bersama Anel walaupun Anel masih tak sihat.

Kritikal demam panas

Berita yang sangat menyedihkan saya terima dalam perjalanan bahawa Ajimm semakin kritikal dan terpaksa dihantar ke hospital temerloh. Bayangkan sahabat, Ajim kritikal dengan hanya demam satu hari saja.. Allahuakbar…lemah seluruh tubuhku..Allah saja yang tahu..sepanjang perjalanan air mata mengalir mengenangkan anak aku yang masih kecil. Aku sampai di hospital jengka dan tak dibenarkan masuk tengok Ajim sebab masih dirawat..Allahhh.

Hanya Engkau saja yang tahu perasaanku pada ketika itu. Dari jauh saya tengok Aajim terbaring kaku dah tak dapat melihat saya malah bergerak pun tak boleh..mulut diikat sebab sawan..Allahuakbar. Anak saya terus dibawa ke hospital temerloh..di zon kritikal hospital temerloh doktor pakar memaklumkan kepada yang anak saya sangat kritikal terpaksa dipantau 24 jam. Selepas city scan anak saya dimasukkan ke icu..huhu…saya dalam keadaan sangat sedih terpaksa bawak balik Anell ke KMC…huhu…dan saya terpaksa mintak Anell dipindahkan ke hospital temerloh.

Allah lebih sayangkan Ajim

Saya pendekkan cerita dengan keadaan Ajim yang sangat kritikal, Ajim pergi meninggalkan kami pd 6/1/2020 jam 7.11 am. Walaupun saya dan isteri sangat sayangkan Ajim tapi kami redha yang Allah lebih sayangkannya..huhu. Kami tahu bahawa Allah akan menempatkan Ajim di tempat yang paling tinggi iaitu Syurga Allah. Ajim dikebumikan di tanah perkuburan Islam jengka 18 pada hari yang sama.

Saya titipkan kisah ini adalah sebagai kenangan buat saya dan isteri di alam maya ini dan saya ingin menyampaikan pesan buat semua yang membaca kisah saya ini. Janganlah abaikan anak kita walaupun demam sedikit. Kita tak tahu apa yang mereka tanggung masa tu. Tolonglah bagi tumpuan penuh pada anak-anak..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.