Itu L0ket Siput Ramona Zamzam Rlmas DIanggap JahIl “Semua Benda Nampak Macam Lambang SalIb Ke”

PERKONGSIAN foto pelakon Ramona Zamzam bersama aktres Intan Najuwa mengundang curiga pengikut apabila loket pada rantai emas yang dipakainya dikatakan seperti lambang salib.

Enggan membiarkan netizen terus membuat spekulasi, Ramona tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi laman Instagram pada Ahad.

“Serius semua benda nampak macam lambang salib? Saya faham anda nak jadi seorang yang tahu tentang agama tapi jadi alim sampai semua jadi negatif payahlah kak oi.

“Nampak macam salib ke dalam gambar?” katanya.

Ramona menulis penjelasan mengenai loket dipakainya di Instagram.

Bersama penjelasan itu, Ramona turut memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan pengikut tersebut.

Malah, dia turut berkongsi bentuk sebenar loket tersebut berserta nama dan harga aksesori berkenaan.

“Sis maaf, tu loket bentuk apa ya? Nampak macam salib,” tanya seorang netizen.

Rupanya loket disangka lambang salib itu berbentuk siput!

Perkongsian Ramona itu turut menarik perhatian pengikut yang berpendapat netizen tersebut terlalu cepat membuat andaian terhadap sesuatu perkara.

“Ya, saya pun lemaslah dengan orang macam ini, macamlah kita ni jahil sangat tak reti nak beza.

“Cantik sangat rantai tu, tapi buta ke apa tak boleh beza bentuk salib dengan bentuk siput. Sabar sajalah!

“Nak alim boleh, tapi tengok tempat dulu, maaf konon, bagi saya sebelum berkata negatif fikir dulu dosa sebelum komen tentang orang lain,” komen pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.