Naqiu Boboy Mula Berlak0n, Peminat Beri S0kongan Padu

Juara Gegar Vaganza 2019, Naqiu Boboy kini mengembangkan bakatnya sebagai anak seni iaitu dengan mula berlakon. Berita baik tersebut dikongsikannya melalui laman sosial milik Naqiu Boboy sendiri baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya itu, Naqiu meluahkan rasa bagaimana cabaran yang dilalui oleh seorang pelakon serta turut mengagumi mereka yang bergelar pelakon.

Menurutnya bukan mudah untuk menjadi pelakon kerana perlu hafal skrip, mendalami watak dan mencari keserasian dengan heroin.

Berikut adalah perkongsian olehnya di laman Instagram Naqiu sendiri:


Biarpun begitu, Naqiu dan pihak pengurusannya, Mindorder masih belum mendedahkan apakah watak, tajuk drama atau filem yang penyanyi ini lakonkan. Hanya beberapa foto di sesi pengambaran yang dikongsikan oleh Naqiu.

Selain dari itu dalam posting yang berbeza Naqiu berkongsikan dirinya hanya sempat tidur tiga jam sahaja sebelum kembali semula ke set pengambaran.


Dari penyanyi dan kini Naqiu Boboy mula berlakon pastinya agak sukar bagi dirinya. Namun dengan bakat dan bantuan dari team produksi pasti Naqiu boleh lakukannya!

Perkongsian oleh penyanyi ini telah meraih lebih 16,000 likes. Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata sokongan di ruangan komen seperti berikut:

“Hahah..good luck bro.. Ape-ape job ang bedal jek. Baru style…semua ang boleh kunyah”

“Waaa jd pelakon plak? Hebattt la”

“Boleh Naqiu…Mula2 je tu..Nanti hebat la..don’t give up k…”

“Bertabahlah ye abam. Semoga murah rezeki sentiasa. Waduhh2 citer ape ni abam”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: thisisnaqiu

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.