NasIb Kaulah Fizo 0rang Lain Berlak0n BerIbu-rIbu ‘F0llower’ Masuk, Fizo Omar Pula HIlang 5,000 Pengikut Kerana Watak Ikram Dalam Adellea Sofea

GARA-GARA melakonkan watak antagonis dalam drama Adellea Sofea, pelakon Fizo Omar mendedahkan dia kehilangan lebih 5,000 pengikut di laman Instagram.

Menurut Fizo, watak Ikram yang dilakonkan itu benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton sehingga ada yang terbawa-bawa emosi di luar skrin.

“Penangan Ikram! Lebih 5,000 unfollow aku dekat Instagram bro!! tuan pengarah Shahrulezad Mohameddin gelakkan aku.

“Yang dah unfollow tu jangan emo sangat ya, nanti dah habis Adellea Sofea korang follow aku balik. Lagi dua hari saja, lepas itu aku taubat dah… dan aku sanggup berubah kalau dapat Sofea.

“Ini abang (Shahrulezad) punya fasallah! Terima kasih banyak kepada Shahrulezad yang menjahatkan Ikram dan mengasah (bakat) aku dekat set,” katanya menerusi Instagram pada Ahad.

Fizo berkongsi mengenai jumlah pengikut berkurangan di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Fizo memuat naik semula paparan skrin perbualan Whatsapp dia bersama Shahrulezad.

Dalam perbualannya itu, Shahrulezad berkata ada penonton yang marah dengan watak Ikram sehingga mengaitkannya dengan kisah peribadi Fizo.

“Siap ada cakap patut dia bercerai dengan Mawar sebab jahat sangat,” tulis Shahrulezad merujuk pada komen penonton.

Sementara itu, selaku pengarah, dia turut tidak menyangka watak Ikram itu menyebabkan Fizo dibenci dan memberi kesan kepada jumlah pengikut di Instagram.

Fizo Omar bawa watak Ikram dengan begitu baik.

“Nasib kau la Fizo, orang lain berlakon drama meletop beribu-ribu pengikut masuk.

“Kau pulak beribu-ribu peminat unfollow sebab benci… yang follower pun alahai, emo tak agak-agak,” tulis Shahrulezad.

Drama Adellea Sofea bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

Selain Fizo, ia turut dibintangi oleh pelakon Mira Filzah, Ungku Ismail, Bella Dally dan Jasmine Suraya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.