Takvt Disam@n Remaja M0hon Maaf Tvduh Syafie Naswip TerlIbat PartI LIar “0rang Macam Ni Kena Bagi Pengajarn”

PELAKON Syafie Naswip meluahkan rasa marah terhadap tindakan seorang remaja perempuan yang membuat tuduhan seolah-olah aktor itu terlibat dalam sebuah video yang tular di media sosial.

Ia bermula apabila sebuah video berdurasi 56 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki termasuk beberapa Instafamous yang sedang leka menari di sebuah parti tertutup.

Video itu menerima pelbagai reaksi negatif netizen yang rata-ratanya kecewa dengan tindakan beberapa remaja lelaki yang terlibat dengan gejala tidak senonoh.

Antara respon Syafie terhadap individu terbabit.

Bagaimanapun, komen seorang remaja perempuan dengan nama @AsyAhmd yang mendakwa kononnya ternampak individu menyerupai Syafie mendapat perhatian pelakon itu.

“Macam nampak Syafie Naswip tu,” tulisnya.

Tanpa berdiam diri, Syafie yang berang dengan tuduhan itu kemudiannya menegur remaja berkenaan dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dilemparkan itu.

“Yang mana yang macam saya tu? Awak pernah rasa nak disaman dan dimalukan satu Malaysia tak? Kalau nak saya boleh bawa komen awak ni kerana memfitnah saya di media sosial. Saya dah screenshot awak punya komen dan link Twitter.

Biar mak ayah mereka ni tahu apa anak-anak mereka buat dengan media sosial. 

SYAFIE NASWIP

PELAKON

“Orang macam ni rasanya kena bagi pengajaran supaya dia ingat langit dan bumilah gamaknya.

“Biar mak ayah mereka ni tahu apa anak-anak mereka buat dengan media sosial. Menulis biar ada kognitif yang bagus adik. Jangan jadi bodoh di media sosial!” katanya.

Menyedari komennya itu mendapat perhatian Syafie, remaja perempuan berusia 21 tahun itu kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dihantar kepada pelakon filem Mukhsin itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.