“Ada Yang Kata Saya Terlalu Lembvt Dan Lentlk ” Bob Yusof

Penyanyi Bob Yusof akui tidak mengambil serius dengan komen netizen yang mendakwa dirinya terlalu lembut ketika membawa lagu Anta Permana nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza pada saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 yang lalu.

Jelas Bob dia hanya menyanyikan lagu tersebut dengan gayanya tersendiri tanpa memikirkan orang lain.

“Saya hanya mempersembahkan lagu itu mengikut gaya saya sendiri. Mungkin pandangan orang berbeza-beza bila ada yang kata saya terlalu lembut dan lentik di atas pentas.

“Tapi saya ambil pendekatan tidak kisahlah netizen nak cakap macam mana yang penting persembahan saya dapat memuaskan hati komposer dan penyanyi asal lagu itu.

“Siti sendiri sudah berpesan kepada saya agar bawa dengan gaya saya sendiri ketika menyanyikan lagu itu dan itu yang saya buat,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Bob menyatakan tidak pernah timbul perasaan rimas walaupun persiapan AJL34 perlu mendapat lampu hijau daripada pihak Siti dan Hael Husaini.

“Sebanyak 20 peratus sudah dilaksanakan dan setiap keputusan berhubung persembahan akhir itu perlu mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat.

“Saya menggalas peranan menyanyikan lagu orang dan disebabkan itu saya kena sering bertanya kepada komposer dan penyanyi asal.

“Perkara itu tidak merimaskan sebab saya sentiasa nak tahu apa kehendak penyanyi dan komposer dan seboleh mungkin saya cuba untuk puaskan hati mereka.

“Hael ada citarasa dia yang tersendiri dan begitu juga Siti, disebabkan itu saya kena ambil tahu pendapat kedua-dua belah pihak,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.