Did@kwa Suka Kejar P0pulariti, Ini Jawapan Izara Aishah Memang Padu

Aktres Izara Aishah tampil mempertahankan lakonannya dalam siri Ombak Rindu yang menjadi pertikaian segelintir netizen di laman Twitter.

Jelas Izara, dia bersetuju menerima tawaran tersebut untuk mengangkat darjat wanita daripada golongan suami yang suka mendera.

“Saya pelik kenapa Izara bersetuju dengan cerita Melayu bodoh macam ni ughh,” tulis seorang pengikut.

“Saya bersetuju sebab siri ini mengangkat wanita daripada suami yang pendera,” balas Izara.

Walaubagaimanapun, terdapat seorang netizen yang melemparkan kata-kata kesat dengan mendakwa Izara seorang yang suka mengejar populariti.

“Dia suka kot sebab dulu filem tu kan hits. Popularity over everything,” tulisnya.

Izara yang perasan dengan kewujudan komen tersebut lantas tidak mendiamkan diri.

“You are rude. Popularity over everything is your lifestyle not mine,” balasnya.

Kedua-kedua individu terbabit memohon maaf kepada Izara selepas menyedari akan kesilapan mereka.

Selain Izara, drama berdurasi 90 minit setiap episod ini turut menampilkan Remy Ishak, Uqasha Senrose, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela dan Adam Corrie Lee yang ditayangkan di iflix.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.