Gara-Gara Kelas Batal, Pelajar Buat Flashm0b Lagu Hindustan

Ketika di bangku sekolah ataupun di peringkat universiti pasti ada kenangan yang akan tersemat dalam fikiran anda suatu hari nanti. Sama seperti rakan sekelas ini yang membuat video flashmob lagu hindustan selepas kelas dimaklumkan batal.

Video flashmob satu kelas menari dengan berlatabelakangkan lagu hindustan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama @_princessroses atau nama sebenarnya Siti Nurjannah Binti Abas.

Menerusi temubual ringkas kami bersama Siti Nurjannah, kesemua penari dalam video itu adalah pelajar UiTM Arau dalam jurusan Diploma in Sport Management & Recreation.

Pelajar kelas ini di majlis makan malam fakulti
Menurutnya, mereka membuat video tersebut hanya untuk suka-suka. Dengan cara ini, mereka dapat nikmati detik ‘bonding’ bersama sebelum menamatkan pengajian yang berbaki bebeberapa hari sahaja lagi.

Tambah gadis berusia 21 tahun dan berasal dari Selangor ini lagi, flashmob itu dilakukan mereka selepas mendapat WhatsApp kelas pada ketika itu dibatalkan dan diganti dengan hari lain.

Berikut adalah rakaman tarian flashmob mereka yang menjadi tular di sosial media baru-baru ini:

Video yang berdurasi seminit 6 saat itu telah meraih lebih 400,000 tontonan dan 23,700 retweets serta 29,600 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video flashmob lagu hindustan ini di ruangan komen seperti berikut:

“Best giler classmate masuk air macamni”

“Wow..awesome guys”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.