“Hebat Parents Pun Supp0rtive” Baru Umur 12 Tahun Tapi Lukis Bangvnan Dah Macam Architect Pr0

Sekarang ni kalau kita perasan ramai anak kecil yang sudah mempunyai minat seperti orang dewasa kan?

Kadang-kadang tu, hasil kerja yang mereka lakukan boleh dikatakan hampir setanding dengan apa yang mampu dilakukan oleh golongan dewasa.

Baru-baru ni tular di laman Facebook mengenai bakat seorang anak muda yang sudah kelihatan seawal usia 10 tahun.

Melalui perkongsian yang mendapat ribuan share itu, kanak-kanak yang dikenali sebagai Airiel Haziq, 12 sudah mempunyai hobi untuk melakar rumah dan bangunan seawal usianya 10 tahun.

Perkara itu mula disedari oleh ibu bapanya dan kemudian mereka telah membelikan drawing boardT square serta alatan melukis yang lain.

Tapi minat Haziq kelihatannya seperti semakin membuak-buak dalam bidang ini. Lalu bapanya telah membelikan dia buku-buku rujukan seperti lukisan perspektif dan kejuruteraan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bukan itu sahaja, kemudian bapa Haziq turut mendedahkan dia dengan aplikasi SketchUp di mana Haziq boleh melakar bangunan dengan menggunakan komputer.

Haziq juga dikatakan turut melakar bahagian dapur dan bilik air rumahnya semasa keluarga dia ingin membuat sedikit pengubahsuaian.

Netizen turut memuji dengan minat dan bakat yang ada terhadap anak muda ini. Mereka juga berhadap semoga minat ini kekal sehingga dia meningkat dewasa kelak.

Admin pun doakan semoga adik ni menjadi arkitek yang berjaya satu hari nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.