“Ada Juga Ambil Kesempatan” Klinlk Terkejvt Tiba-tiba Pesaklt Datang Bawa ‘Vaksln’ Beli Dari 0nline, Mlnta T0long D0ktor Cvcuk

Semenjak dua menjak ini, masyarakat ternyata panik selepas beberapa kematian kanak-kanak telah dilaporkan akibat dari wabak Influenza A yang berlaku di negara kita.

Salah satu cara nak mengelakkan diri dari berjangkit dengan wabak ini ialah dengan mengambil vaksin Influenza di klinik-klinik swasta. Tapi disebabkan terlalu ramai yang ambik vaksin ni, kebanyakan klinik dah kehabisan stok.

“Dik, minta doktor tolong cucukkan vaksin, sambil hulur vaksin dalam parcel…”

Dengan bilangan mereka yang dimasukkan hospital makin meningkat akibat penyakit ni, masyarakat kat luar sana nampaknya kian panik dan desperate sehinggakan ada yang membeli vaksin tersebut dari platform online! Eh boleh ke buat macam tu? 

Menerusi perkongsian sebuah klinik swasta di Facebook, staf mereka menerima kejutan apabila ada seorang pelanggan datang ke klinik membawa parcel yang didakwa mengandungi vaksin. 

Pelanggan tu kemudian meminta pertolongan doktor untuk mencucuk ‘vaksin’ tersebut yang katanya dibeli dari onlineUish jangan buat main ni! 

Antara kotak-kotak ‘vaksin’ yang diterima

“Tahukah anda semua vaksin perlu disimpan secara rantaian cold chain?” 

Klinik tersebut juga menjelaskan, vaksin seperti ini ada cara penyimpanannya yang tersendiri dipanggil ‘cold chain’ di mana ia sentiasa disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan paras suhu antara 2 – 8 celcius sahaja.

Malah staf klinik juga bertanggungjawab dalam memeriksa rekod suhu peti sejuk vaksin ni dan perlu catat pada setiap shift. Jadi memang tak logiklah kalau korang beli vaksin dari online ni. Dengan suhunya kelaut lepas tu tiba-tiba minta doktor cucuk. Kalau jadi apa-apa sapa nak bertanggungjawab?? 

Rekod suhu yang perlu dicatar

Peti yang menyimpan vaksin. Jika blackout ia mempunyai simpanan bateri buat beberapa jam

Dari peti sejuk ke bilik rawatan, staf bertugas akan mengekalkan suhu 2-8 celcius dgn meletak vaksin di dalam mini cold box
Admin betul-betul tak sangka ada juga di kalangan masyarakat yang desperate sampai sanggup beli vaksin yang tak tau mana asal usulnya dari online saja.

Apa-apapun admin nak ingatkan kat korang semua, tolonglah jangan buat benda macam ni sebab ia akan mengundang bahaya yang lebih buruk buat kesihatan kita. Yang paling penting jaga kesihatan dan elakkan diri dari pergi ke tempat yang crowded buat masa ni. Kalau rasa tak sihat, terus buat check up di klinik atau hospital. 

Jaga diri masing-masing ya semua! 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.