“Aku Bukan Bayarr Gajl Kau Untuk Duduk Maln” Michael Ang Naik Angln Dengan Siapa Tu

Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang bengang apabila terdapat krew produksinya yang bersikap sambil lewa ketika waktu bekerja.

Kata Michael, individu terbabit sering bermain dengan telefon bimbit daripada menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.

“Kalau nak kerja, kerja dengan betul. Tahu tanggungjawab.

“Aku bukan bayar gaji kau untuk kau duduk main phone dan game je.

“Lepas tu tak ikut calltime! Kalau tak sanggup kerja aku boleh cari orang lain.

“Pet pet betul manusia macam ni!” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Michael menyatakan bukan daripada kalangan artis yang menimbulkan masalah tersebut.

“Salam semua! Lama tak meroyan macam ni! Enough said! Stress aku pagi-pagi ni!

“Kalau rasa kat luar sana senang dapat kerja sila kan! Jangan menyusahkan hidup orang! Ini bukan pasal artis!” tulisnya lagi.

Pun begitu, Michael tidak pula mendedahkan nama gerangan orang yang membuatkannya naik angin sekaligus meluahkan rasa marah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.