Aafiyah Semakin Bijak, Siti Nurhaliza Bersedia Untuk Anak Kedua

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terbuka dan sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua.

Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, semuanya terserah pada ketentuan dan rezeki dari Allah SWT untuk anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 2, mendapat adik.

“Saya ever-ready, ada rezeki daripada Allah saya terima dan saya juga berusaha,” kata Tokti kepada Gempak.

Tokti ditemui ketika acara SimplySiti Fun Day Out Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza bertempat di Genting Highlands, Pahang pada Rabu.

Akuinya, sebagai ibu bapa, dirinya dan suami sentiasa akan berusaha memberikan yang terbaik kerana anak adalah amanah dari Allah.

Aafiyah sepatutnya menyertai Tokti pada program seharian di Genting Highlands itu namun dia dan suami membatalkan hasrat itu ekoran virus Influenza yang sedang melanda.

“Kalau ikutkan Aafiyah turut serta, tetapi bila berbincang dengan suami, kami fikir untuk keselamatan kami batalkan memandangkan Aafiyah masih kecil.

” Saya juga pesan pada semua krew pantau kesihatan anak-anak yang sertai program ini, ” katanya lagi.

Seramai lima kanak-kanak pesakit jantung bersama keluarga ke program itu anjuran bersama SimplySiti dan Genting Malaysia Bhd.

Turut serta pemenang pertandingan sempena kempen SimplySity Di Hati, peminat dan teman media yang meluangkan masa sehari bersama Siti Nurhaliza dengan pelbagai aktiviti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.