“Kalau Ada Am0i Macamni Aku Nak Masuk Memlnang” Sudahlah C0mel Lepas Tu Lancar Nyanyi Lagu Alif Ba Ta, Remaja Cina Dapat Pujian Netizen Ramai

Dalam kekecohan isu tulisan jawi di kalangan masyarakat bukan Melayu yang tak menyetujui ia dimasukkan dalam silibus Bahasa Malaysia, nampaknya tak semua non-malays berfikiran demikian.

Baru-baru ni, viral di Twitter sedutan rancangan MHI berkenaan seorang gadis Tionghua yang sangat gemar dengan tulisan jawi. Video tersebut telah mendapat respon yang baik di kalangan netizen yang suka dengan sikap gadis ini dalam menuntut ilmu.

“I Ingat lagu Alif Ba Ta…” 

Menerusi video tersebut, gadis bernama Ng Yen Yen dari Johor ini dengan selamba mengaku yang dia boleh nyanyi lagu ‘Alif Ba Ta’. Alaa lagu yang kita nyanyi masa kecil dulu masa mula-mula nak hafal huruf jawi tu. 

Bila diminta pengacara untuk menyanyikannya, Yen Yen tak nampak gugup pun dan menyebut satu persatu huruf jawi tersebut dengan betul.

Wah nampak comel je dia sebut satu-satu huruf jawi tu! 

Mula belajar jawi di usian 15 tahun, minat lepas tengok buku teks bertulisan jawi

Menerusi video penuh di Youtube MHI, Ng Yen Yen dari Sekolah Tinggi Keluang ni katanya mula belajar jawi ketika dia berusia 15 tahun iaitu semasa di Tingkatan 3. Sekarang Yen Yen baru saja tamat persekolahan dan sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tambah Yen Yen lagi, dia mula meminati tulisan jawi ni bila dia tertengok buku teks yang bertulisan jawi. Dari situ, dia belajar dengan rakan sekelasnya, Siti Maryam Mohd Kamal tentang huruf-huruf jawi.

Sungguhpun Yen Yen tak berapa boleh baca jawi, dia boleh tulis namanya sendiri dalam tulisan jawi tau!

Nah full video segmen MHI bersama Yen Yen kat bawah. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.