P0sitif Inflvenza A, Peminat D0akan Anak Que Haidar Segera Sembuh

Anak pelakon Que Haidar, Tengku Ratu disahkan menghidap Influenza A.

Perkara itu dikongsikan Que menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.

“Dalam sakit-sakit kena jangkitan Influenza A, sempat juga Ratu buat handmade phone casing untuk phone dia.

“Pada mata daddy cantik sangat. Get well soon sweety!” tulisnya sebagai kapsyen.


Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya Ratu kembali sihat.

“Adoi, semoga Ratu kembali sihat. Insya-Allah take care wahai anak comel.”

“Oh no! Get well soon Ratu.”

“Kesiannya Ratu. Semoga cepat sembuh.

“Doa dari jauh semoga Ratu cepat sembuh insya-Allah. Amin.”

“Semoga cepat sembuh Ratu. Cute girl!” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Kes Influenza telah mencatat peningkatan berbanding tahun 2019 yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan pada tahap kritikal terhadap ubat antivirus Oseltamivir.

Ubat yang lebih dikenali sebagai Tamiflu digunakan dalam rawatan kepada pesakit yang dijangkiti virus influenza.

Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.

Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 9, dan Tengku Cleopatra Haidar, 7.

Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.