“Selama Daddy Hldup 31 Tahun Tak Pernah Masuk Ambvlans” Alami Dem@m Panass, Anak Fizi Ali Dan Shakilla Khoriri Masuk H0spital

Anak kepada aktres Shakilla Khoriri, Ameena Sofia dimasukkan ke sebuah hospital swasta semalam.

Menurut Shakilla, Ameena dimasukkan ke hospital akibat demam panas selain badannya dinaiki bintik merah.

“Sejuk tangan kaki bila demam @ameenasofia_ tiba-tiba tinggi semalam berserta bintik-bintik merah seluruh badan. Allah gelap pandangan.

“Doa aku satu, tukar. Biar semua sakit yang dia tanggung tu pada aku. Jangan dia. Walau sebesar kuman,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Di samping itu, menerusi IG penyampai radio, Fizi berkongsi sebuah rakaman video Ameena dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.


“Selama daddy hidup 31 tahun tak pernah masuk ambulance..Ni awak kecik-kecik lagi dah masuk..Kesiannya awak sayang,” tulisnya sebagai kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

selama daddy hidup 31 tahun tak pernah masuk ambulance..ni awak kecik2 lagi dah masuk..kesian nya awak sayang..😭😭😭

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen peminat mendoakan agar Ameena kembali sihat seperti biasa.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang bayi perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 10 bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.