Siap Menari Mira Filzah Di DBilique, Gelagat Lucu Bersama Fara Fauzana “Cute Sangat”

Menerusi satu rancangan secara live di Youtube, DBilique bersama Fara Fauzana menjadi perhatian ramai apabila pelakon popular, Mira Filzah menjadi tetamu undangan.

Memakai baju kelawar, Mira Filzah turut berkongsikan sekeping foto bersama pengacara terkenal itu menerusi laman Instagram sehingga meraih lebih 90 ribu tanda suka.

 

View this post on Instagram

 

@dbilique ✅

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on


Mira Filzah juga menceritakan mengenai lakonannya dalam drama Adellea Sofea yang baru saja melabuhkan tirai. Mereka berdua turut mengulas beberapa babak yang mendapat perhatian daripada penonton.

Dalam pada itu, gelagat lucu Mira Filzah dan Fara Fauzana juga mencuit hati ramai apabila melakukan beberapa cabaran seperti bercakap loghat utara dan memakai mask muka.

“Hahaha duk gelak jer…”

“Hahaha dok gelak je time…”

Mira Filzah dilihat juga menjawab beberapa soalan dan mendedahkan dia memiliki bakat menari.

Selain itu, dia juga memberitahu dia wakil sekolah dalam permainan hoki dan berkongsikan moment ketika itu. Ditemu ramah secara sempoi sambil makan bersama, Mira Filzah dan Fara Fauzana juga meraih pelbagai komen dilaman Instagram yang rata-rata akui terhibur dengan dua selebriti ini.

Buat yang ingin melihat Mira Filzah menari, boleh menonton di durasi 53 minit menerusi video yang dimuat naik menerusi di YouTube DBilique TV ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: YoutubeMira Filzah DBilique

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.