Telekung Malaysia Menclpta Nama Di Britain. Memenuhi Keperluan S0lat Wanita Muslim Di Sana

Jenama telekung yang terkenal di negara kita, Siti Khadijah yang popular digelar SK, mula mendapat perhatian Muslimah di Britain apabila melancarkan platform e-dagang di kota London baru-baru ini.

Dalam usaha menjadi pihak yang pertama memperkenalkan telekung secara komersil di peringkat antarabangsa, SK memilih pasaran United Kingdom sebagai destinasi ketiga selepas Indonesia. “Islam merupakan agama kedua terbesar dengan populasi lebih 3 juta pada 2014. Muslim di Britain dari kepelbagaian latar belakang etnik menjadi kelebihan untuk kami memperkenalkan telekung dengan lebih meluas,”

kata Mohammad Munzir Aminuddin, Pengarah Pemasaran SK ketika di acara luncheon eksklusif Siti Khadijah di Mayfair, London yang dihadiri oleh wakil media tempatan, personaliti TV, ikon Muslimah dan blogger.

Menarik tentang kunjungan jenama ini ke sana, ia menjadi bualan hangat di kalangan Muslimah di negara empat musim itu menarik perhatian media apabila menerima beberapa undangan temuramah di siaran langsung rancangan Women’s AM di Islam Channel UK dan stesen-stesen radio Islamik utama di Britain.

“Berbanding di Malaysia, kebanyakan Muslimah di Britain tidak pernah mengetahui kewujudan telekung, iaitu pakaian khas untuk solat. Ada di antara mereka hanya pernah melihat Muslimah dari Malaysia dan Indonesia memakai pakaian serba putih (telekung) ketika menunaikan Umrah dan Haji. Rutin pemakaian solat mereka lebih kepada menyarung jubah dan selendang yang turut menjadi pakaian biasa mereka,” kongsi Siti Fazrena Mohamad Fuad, wakil Siti Khadijah United Kingdom.

Bagi blogger dan TV hos Romy Ahmed yang tidak pernah memiliki pakaian khas untuk solat, menyarung telekung lebih mudah dan selesa, membuatkan sesi ibadah solat lebih khusyuk dan tenang terutamanya ketika solat Subuh.

Penggunaan fabrik berkualiti tinggi seperti spun polyester dengan rekaan inovatif fleksibel di bahagian wajah – mudah regang di dahi dan dagu tanpa perlu dipin atau memakai anak tudung menjadikan telekung SK unik berbanding telekung sedia ada di pasaran. Manakala perincian minimalis seperti renda menambah seri si pemakai namun masih kekal ringkas mengikut syarak. “Ibu saya Puan Padzilah Enda Sulaiman yang merupakan pengasas Siti Khadijah mengambil masa enam bulan mengkaji setiap inci rekaan untuk menghasilkan telekung yang sempurna buat setiap Muslimah di luar sana,” tambah Munzir.

Mengambil kira cuaca di negara empat musim, telekung SK sesuai dan selesa disarung bila-bila masa. Menurut Munzir lagi, SK tidak meletakkan status sebagai jenama “modest fashion” yang hadir dengan koleksi rekaan bermusim. Rekaan telekung SK akan kekal klasik dengan teknologi fabrik yang sentiasa dinaik taraf seiring dengan penjenamaan telekung SK sebagai pakaian solat premium

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.