“Memang Selalu Gadvh” Budak 3 Tahun Hamplr Matl Sebab Ibu Paksa Minum Racvn T0ksik Lepas Bergadvh Dengan Suami

Kerana bergaduh dengan suami, seorang ibu didakwa tergamak memaksa anaknya melakukan sesuatu yang akhirnya menyebabkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan kritikal.

Menurut WOB, suaminya, Liu telah terima panggilan dari hospital pada jam 7 malam, 9 Januari lepas. Dia dimaklumkan bahawa isteri serta anaknya sedang kritikal dan dirawat di hospital kerana meminum racun bahaya yang boleh membawa maut.

Dua beranak itu pada asalnya telah dihantar di hospital dekat Sichuan tetapi anaknya terpaksa dipindahkan ke Chengdu kerana masalah kekurangan peralatan perubatan. Ketika tiba dia hospital dekat Chengdu kira-kira jam 2 pagi, anaknya terus dibawa masuk ke wad ICU.

Menurut Liu, dia dapat tahu isterinya telah meminum racun toksik itu serta turut memaksa anak mereka minum sendiri! Ketika disoal pihak polis, Liu beritahu yang rumah tangganya memang bermasalah sejak mereka berkahwin 4 tahun lepas.

Sebelum dia tidak tinggal sebumbung dengan isterinya selama 2 tahun kerana urusan kerja dan baru pulang ke pangkuan keluarga pada tahun lepas. Bukan setakat sering bergaduh tentang hubungan mereka tapi kata Liu, dia dan isteri juga selalu bergaduh kerana masalah kewangan.

Kata Liu lagi, isterinya asyik meminta duit dan pernah meminta cerai serta hak penjagaan terhadap anak mererak berusia 3 tahun. Liu mengaku telah berlaku pertengkaran antara mereka pada malam sebelum isterinya cuba membunuh diri.

Bagaimanapun, kakak iparnya tidak percaya bahawa adiknya tergamak meracun diri sendiri dan memaksa anak mereka buat benda yang sama.

Sejak anak saudara saya lahir, dia sentiasa bersama anaknya. Dia sangat sayang dengan anaknya dan anaknya juga sangat rapat dengannya.”

Disebabkan itu, Liu telah dituduh oleh kakak iparnya memaksa isterinya minum racun toksik tersebut. Walau apapun, Liu berkata dia telah melawat anaknya di hospital sejak keadaannya semakin baik.

Menurut Liu, anaknya sendiri beritahu padanya yang isterinya sendiri telah paksa dia untuk minum racun itu. Katanya juga, nampak jelas anaknya turut didera kerana ada kesan lebam di seluruh badan serta kesan kuku di bahagian leher.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.