Netizen Berdekah T0nton Muzik Vide0 Alih Suara Lagu ‘Dance Monkey’

Lagu yang menjadi paling trending, ‘Dance Monkey’ nampaknya masih lagi mendapat sambutan ramai. Dance Monkey yang asalnya dinyanyikan oleh seorang gadis yang menggunaka nama Tones and I ini menjadi tular di serata Malaysia. Terbaru seorang pengguna Instagram berkongsikan satu muzik video alih suara Dance Monkey ini.

Perkongsian dari pemilik akaun Instagram Faradyable itu telah meraih perhatian ramai. Video alih suara itu menggunakan rakaman asal Tones and I yang menyanyikan lagu Dance Monkey di rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.

Biarpun hanya mengambil sedikit sedutan dari rakaman itu namun kreativiti individu ini yang menghasilkan alih suara memang boleh tabik!

Ini kerana video alih suara yang dihasilkannya ini cukup sepadan dengan gerak mulut oleh penyanyi asal.

Berikut adalah muzik video alih suara lagu Dance Monkey yang telah menghiburkan ramai:

 

View this post on Instagram

 

Tibe and i “diam 10minit” #tibe #dancemonkey @tonesandi

A post shared by Dub Parody (@faradyable) on


Dengan kapsyen, “Tibe and I ‘Diam 10 minit’” video ini telah meraih lebih 270 ribu tontonan.

Rata-rata netizen terhibur dengan video ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Siap tapak kaki sekali derapppp hahahah terbaiklaaaa senak pundi kencing nak gelak”

“Hahahha acane la bang buat suara dia”

“Rasa nak hentak je last skali tu hahahahhaha”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Faradyable

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.