Pengetua Kaki Bvli Halau Pelajar Tingkatan 5 Keluar Sekolah, D@kwanya Arahan PPD “Tindakan Abang Pelajar Tersebut Buat Pengetua Tak Senang Duduk,Rupa Nya Abang Pelajar Itu Bukan Calang Calang 0rang”

SEORANG pemuda kesal apabila adiknya yang juga pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Pengkalan Hulu, Perak dihalau pengetua sekolah terbabit ketika sesi persekolahan sedang berlangsung pada pagi Selasa.

Malah abang mangsa, Ahmad Isyafiq Mad Desa berkata lebih mengecewakan pengetua sekolah terbabit tidak membenarkan adik lelakinya hadir ke sekolah pada Rabu dengan alasan Pejabat Pendidikan Daerah  (PPD) Hulu Perak tidak membenarkannya meneruskan persekolahan.

Menurut pemuda berusia 32 tahun itu, adiknya dibuang sekolah pada hujung tahun lalu kerana didakwa ponteng meskipun surat ketidakhadiran sudah diberikan kepada pengetua tetapi malangnya tidak diterima.

“Adik saya dibuang sekolah kerana didakwa ponteng. Sebenarnya adik saya tak hadir bukan kerana suka-suka tapi perlu menemani ibu saya ke Melaka untuk menziarahi datuk yang kurang sihat.

“Memandangkan ayah saya pun tak berapa sihat, saya pula bekerja takkan nak biarkan adik saya tinggal berseorangan di rumah. Jadi adik saya ikutlah mak saya ke Melaka. Ada masa mereka naik bas atau ETS.

“Walaupun surat diberikan tapi saya amat terkilan sebab alasan itu tidak diterima sehingga pihak sekolah ambil keputusan untuk buang adik saya daripada sekolah,” katanya.

Shafiq kesal dengan tindakan pengetua yang menghalau adiknya dari sekolah meskipun sudah memberikan lampau hijau untuk dia pergi ke sekolah seperti biasa pada 2 Januari lalu. – Gambar hiasan

Namun Ahmad Isyafiq atau lebih mesra disapa Syafiq berkata dia dan ibunya bertemu dengan pegetua sekolah terbabit pada 2 Januari lalu untuk berbincang mengenai status adiknya itu.

Jelas Syafiq, pengetua terbabit bukan sahaja keberatan untuk menerima permohonan adiknya untuk bersekolah semula tetapi pada masa sama mendakwa kemasukan adiknya bakal mengganggu peratusan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah berkenaan.

Namun akhirnya, pengetua terbabit memberikan lampu hijau kepada adiknya untuk kembali ke sekolah seperti biasa pada keesokannya.

“Saya sendiri bertanya kepada guru berkenaan adakah adik saya boleh bersekolah semula? Dia suruh hadir seperti biasa.

“Pada petang Selasa, seorang cikgu menghubungi saya kerana mahu kami meminta maaf kepada pengetua dan jika tak berbuat demikian report polis akan dibuat. Bagi saya tu dah macam ugutan” – AHMAD ISYAFIQ MAD DESA.

“Dia turut menetapkan syarat supaya adik saya tidak ponteng dan lulus ujian pada Mac depan,” katanya.

Bagaimanapun Syafiq berkata lain pula yang jadi pagi Selasa ini (14 Januari) apabila adiknya diarah pulang dalam perjumpaan singkat dengan pengetua di hadapan tandas.

“Saya faham prosedur mengenai perlunya kelulusan daripada PPD dan sebagainya, akan tetapi saya tidak faham kenapa pada hari pertama sesi persekolahan dia tidak terus halau adik saya.

“Hanya setelah hampir dua minggu persekolahan berlangsung dia bertindak menghalau adik saya dan perkara itu dilakukan di hadapan tandas sekolah? Adik saya bukan melakukan jenayah berat untuk diperlakukan sedemikian rupa,” katanya.

Laporan polis yang dibuat Syafif bagi mempertahankan adiknya.

Tambahnya lagi, pengetua terbabit turut meminta ibunya memindahkan adiknya ke sekolah berlainan kerana tidak mahu menerimanya sebagai pelajar di sekolah itu.

“Guru sepatutnya seronok jika anak muridnya mahu belajar, bukannya menghalang keinginan untuk menimba ilmu.

“Tapi pengetua tersebut seolah-olah menafikan peluang warganegara untuk mendapat pendidikan sewajarnya, malah saya nak tahu kenapa dia cakap mak dan adik saya menyusahkan dia,” soalnya.

Susulan itu, Syafiq berkata dia membuat laporan polis bagi mempertahankan hak adiknya untuk mendapat pendidikan di negara ini sebelum ke sekolah berkenaan untuk berdepan dengan pengetua berkenaan.

Malah pemuda yang juga bekas wartawan di sebuah akhbar bahasa Melayu itu terkejut apabila dihubungi seorang guru yang mahu mereka meminta maaf berhubung perkara itu.

“Pada petang Selasa, seorang cikgu menghubungi saya kerana mahu kami meminta maaf kepada pengetua dan jika tak berbuat demikian report polis akan dibuat. Bagi saya tu dah macam ugutan.

“Tiada keperluan untuk kami minta maaf sebab saya tak herdik atau serang dia (pengetua) tapi dia yang tinggikan suara dengan saya.

“Lagipun saya pelik kenapa benarkan adik saya datang sekolah sejak hari pertama persekolahan bermula,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.