Sarancak Selamat Melahlrkan Baby Boy, Beri Nama Bayu Luzman

Pengacara dan personaliti radio, Sara Zulkifli atau Sarancak selamat melahirkan anak sulung pada 14 Januari lalu.

Berita gembira itu disampaikan menerusi kemas kini Instagram Sara sebentar tadi.


“Cak! Our boy, Bayu Luzman is finally here. Alhamdulillah 14/1/2020 hari tu dah berjaya pushed him out, and we’re both now in great health.

“Kami sekarang lepak @lycmotherchild untuk berpantang! Yang salah teka gender hari tu dah boleh standby hadiah okay?” tulis Sara di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Sara mengucapkan tahniah atas kehadiran permata hatinya itu.

Peminat juga memuji nama bayi lelaki Sara yang unik.

Sara berkahwin dengan jejaka pilihannya, Hairul Nizam pada 24 Februari 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.