Sempena Ulang Tahun Perkahwlnan Yang Ke-9, Irwansyah Bawa Isteri Ke Tanah Suci

Pelakon popular Indonesia, Irwansyah membawa isteri tercinta, Zaskia Sungkar ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Irwansyah berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

Istimewanya kali ini, pasangan ini berangkat ke Tanah Suci bersempena dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.

Posting itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan wajahnya bersama isteri yang sedang tersenyum manis.

“Alhamdulillah, dapat melakukan umrah lagi bersama dengan isteri tercinta yang kali ini dengan tarikh istimewa iaitu ulang tahun perkahwinan kita yang kesembilan,” tulisnya.


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan baik Zaskia iaitu pelakon Laudya Cynthia Bella juga turut menitipkan ucapan buat pasangan berkenaan.
laudyacynthiabella

“My lops! @zaskiasungkar15 @irwansyah_15 selamat menunaikan ibadah ya. Doakan saya juga Wan. Supaya dapat menjadi tetamu Allah lagi. Teringin mahu ke sana lagi,” tulisnya.

Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

Bagaimanapun pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.