Bakal Pengantin Mavt Kemal@ngan Dalam Perjalanan Pulang Selepas Ambil Pasp0rt Untuk Bulan Madu

Di Singapura, seorang wanita meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan. Mangsa, Fadhillah Muhammad Hussain ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berdekatan jalan Yishun Avenue 8.

Tambah menyedihkan apabila bakal pengantin ini dalam perjalanan pulang selepas mengambil pasport barunya di Jabatan Imigresen dan Pusat Pemeriksaan. Dia dan bakal suami dijangka berkahwin bulan hadapan dan berbulan madu di Itali.

Bakal bernikah

Mendapat lebih 15k retweet di laman Twitter, luahan Dian Syuaa yang bersedih dengan pemergian bakal pengantin ini mengundang perhatian ramai. Menurutnya, mangsa sepatutnya bernikah bulan hadapan.

Mohon saksi tampil

Menerusi laporan laman mothership.sg, mangsa dijumpai berhampiran motosikal jenis Honda CB150R miliknya yang berwarna hijau gelap. Walau bagaimanapun, menurut keluarga tiada sebarang petunjuk atau saksi yang tampil memberi keterangan berkenaan kes kemalangan tersebut. Difahamkan kemalangan berlaku ketika waktu kemuncak sebelah petang pada hari Selasa, 14 Januari lalu.

Seorang yang berhemah

Keluarga yang terkejut dengan kejadian ini memohon saksi kejadian tampil membantu siasatan lanjut. Sementara itu, The New Paper melaporkan ahli keluarga tidak menolak kemungkinan Fadhillah menjadi mangsa langgar lari. Oleh itu, keterangan saksi adalah sangat diperlukan untuk mencari keadilan.

Sepupu, Jad Hamzah memberitahu Fadhillah membeli motosikal lebih kurang 3 tahun lalu dan dia adalah seorang penunggang yang baik sepanjang tempoh tersebut.

Kami sedih sangat. Persiapan semua dah siap. Majlis perkahwinan tidak lama lagi dan dia bakal berbulan madu ke Itali dan Europe dengan bakal suaminya.

Semua orang masih terkejut dan tunangnya sangat bersedih. Kami berharap agar punca sebenar kejadian dapat dikenalpasti supaya kes dapat ditutup.

Menyifatkan sepupu seorang yang merendah diri dan pendiam, kehilangan mangsa amat dirasai seluruh ahli keluarga. Mangsa yang merupakan seorang jururawat meninggal dunia akibat kecederaan ketika dalam perjalanan ke Hospital Khoo Teck Puat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.