“C0me 0n Tom” VIDE0 7 Lelaki Tak Beranl Tangkap Tikus Akhirnya Guna Bantuan Kucing Peliharaan

Kalau dekat dunia ni, setiap orang mesti mempunyai ketakutan dan fobia yang berlainan kan? Ada yang tengok benda berlubang-lubang pun takut.

Bukan itu sahaja, ramai juga manusia yang takut dan geli dengan haiwan.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai sekumpulan lelaki yang berusaha gigih untuk menghalau tikus yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah.

Dalam video tersebut kelihatan beberapa lelaki memegang penyodok sampah dan penyapu dipercayai merupakan senjata mereka untuk menghalau tikus tersebut.

Namun apa yang lebih malang apabila tiada seorang pun yang berjaya menangkap tikus tersebut, malah tikus itu terus bersembunyi di sebalik almari dekat kawasan dapur.

Kalau ikutkan, dalam video ini ada lebih kurang 7 orang lelaki termasuk dengan individu yang merakam kejadian ini, namun masing-masing tidak berani untuk tangkap tikus itu.

Walau bagaimanapun, salah seorang dari mereka telah membawa masuk kucing peliharaan mereka yang bernama Tom sebelum mengarahkan kucing itu untuk menangkap tikus tersebut.

Tidak mengambil masa yang lama, Tom segera menangkap tikus tersebut dan mereka yang berada di kawasan sekeliling terus bersorak. Dah macam tengok bola weh.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat para jejaka ini. Namun mereka juga beranggapan bahawa Tom merupakan satu-satunya jantan dalam rumah tersebut. Adehh

Alahai, tikus kecil je rupanya.

Tom lah anak jantan sebenar!

Tom memang betul-betul jantan! Goodjob Tom!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.