Daiyan Trisha Beri Tips Untuk Keluar Dari Masalah “Hidup Akan Menjadi Lebih Sukar Jika Anda B0doh”

PENYANYI Daiyan Trisha berpendapat kehidupan akan bertambah susah sekiranya seseorang itu memilih untuk berada dalam kalangan orang yang tidak cerdik.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 27, berkata, seseorang individu itu juga tidak perlu menjadi ego jika ingin mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

“Hidup ini memang sukar. Tapi ia menjadi lebih sukar jika anda bodoh. Jadilah pandai. Bunyinya memang agak kasar tetapi sekadar jujur.

Daiyan memuat naik status di Twitter.

“jika anda menyedari bahawa anda sedang melalui kesusahan daripada biasa, belajar. Keliling diri anda dengan orang-orang yang pintar.

“Bertanya pada orang sekeliling tentang cara untuk mempertingkatkan gaya hidup anda. Jangan jadi ego,” kata Daiyan.

Penyanyi lagu I Wanna See Ya ini memberi pendapat secara jujur di laman Twitter miliknya pada Khamis.

Status yang dimuat naikkan itu menarik perhatian netizen dan mendapat lebih 4000 retweet (ulang kicau) serta hampir 3000 tanda suka.

Daiyan Trisha.

Rata-rata mereka memuji kejujuran Daiyan dan menganggap apa yang diluahankanya itu merupakan kata-kata yang bijak.

Pelakon Sweet Qismina juga memuat naik status tersebut dengan memberi pujian terhadap Daiyan di laman Instastory.

Bagaimanapun, pelakon filem Busker ini tidak menyatakan status yang dikongsikan itu ditujukan kepada mana-mana pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.